XXVI

5.4K 349 18
                                    

Sky hanya menayang muka tidak bersalah disaat putera Edmund sedang berdiri di depannya dengan muka seperti singa yang lapar. "Mana Eclipse?!"

"Tuan putera, sila ke dewan untuk rehearsal majlis pertabalan tuan putera sekarang. Tiger, Ripley, tolong iringkan tuan putera ke dewan." Arah Sky kepada anak-anak buahnya. Kini, dia bergelar ketua Shadow Squad atas arahan tuanku raja Eslan sendiri. Pada mulanya dia menolak tapi raja Eslan memberitahu itu permintaan Eclipse sendiri. Jadi, dia dengan rasa berat hati menerima jawatan itu. 

"Aku nak tahu mana Eclipse sekarang?! Kenapa bilik dia kosong? Mana kau sorok dia?!" 

"Putera Edmund, saya minta diri dulu." Belum sempat Sky melangkah pergi, Edmund mendahulu dengan mengcekak kolar leher uniform dia. 

"Saya tak tahu." Jawab Sky jujur. "Kau jangan nak tipu aku? Mana dia?!" Edmund masih lagi berang kerana dia tidak tahu keberadaan wanita kesayangannya. Bilik yang diduduki Eclipse seolah-olah tidak berpenghuni. Bila ditanya dayang dan pengawal, mereka seolah-olah tidak kenal siapa itu Eclipse. Seperti Eclipse tidak pernah wujud dalam istana Casuweth Empire.  "Mana dia, Sky? Mana kau sorok Eclipse?" Dia perlu tahu. Kehilangan Eclipse buatkan dia risau dan tidak duduk senang.

"Tuan putera, serius kami tak tahu mana Eclipse. Bukan kami sorokkan dia atau apa." Ripley mencelah apabila dia rasa dengan jawapan Sky tu memang tak akan buat Edmund berputus asa.  "Betul tu, tuan putera. Kalau tuan putera lambat dan tidak berada di dewan, tuanku akan tahu. Bila tuanku tahu, kami yang akan kena marah sebab tak iring tuan putera ke sana. Lagipun, hari pertabalan sangat penting untuk tuanku." Tiger menambah.

"Aku tak kira. Aku tak akan pergi selagi aku tak tahu mana Eclipse." 

"Putera Edmund mana? Tuanku dalam perjalan ke dewan untuk tengok progress hari pertabalan." Soal Poppy yang bersuara dari earpiece di telinga mereka masing-masing. Ripley memandang Tiger bertanya apa yang perlu mereka buat sekarang. "Eclipse ada dengan tuanku."

"Ayahanda ada urusan apa dengan Eclipse? Ayahanda aku berada di mana sekarang?" tanya Edmund tapi kakinya sudah melangkah dari situ. 

"Sky-" 

"Ikut sahaja tuan putera ke sana sebelum tuanku mengamuk. Ada apa-apa jangan lupa update." Arah Sky memotong cakap Tiger. Faham apa yang cuba Sky sampaikan, mereka terus ikut langkah putera Edmund.

Sebaik Edmund, Ripley dan Tiger sampai ke dewan mereka bertemu dengan pengaturcara majlis pertabalan. "Tuan putera." Qaleesya menunduk hormat.

"Mana ayahanda aku?" 

"Huh?"

"Mana ayahanda aku? Susah sangat ke faham soalan aku?!" Terkebil-kebil Qaleesya dijerkah sebegitu rupa. 

"Edmund, apa yang berlaku disini?" Seperti diseru-seru, Raja Eslan muncul di belakang mereka tanpa sedar. "Tuanku." Mereka bertiga menunduk hormat bertemu dengan raja Casuweth Empire tanda hormat.

"Ayahanda dengan menteri?"

"Kenapa, tuan putera?" Soal menteri prihatin. 

"Kata Sky, ayahanda dengan Eclipse."

"Eclipse tak ada. Dihantar ke luar kawasan untuk bertugas."

"Bertugas? Ayahanda tahu kan, Eclipse masih tidak sihat. Kenapa perlu dihantar keluar?" Edmund bersuara tegas masih dalam kawalan tidak menguatkan suara. 

"Qaleesya, menteri. Tinggalkan kami."

"Baik, tuanku." Qaleesyaa faham terus mengangkat kaki. "Tapi, tuanku urusan tadi." Menteri cuba mencipta alasan untuk berada disitu. "Tinggalkan saya sebentar. Ada perkara penting yang perlu saya bincangkan dengan putera saya." 

"Baiklah, tuanku." Akur menteri apabila mata tajam putera Edmund memberi amaran. Tidak bermakna ayahandanya bersikap lembut, dia juga akan berlembut.

"Kamu baru sampai ke dewan ke, Edmund?"

"Ya. Tapi, itu tak penting. Sekarang Edmund nak tahu, mana Eclipse?"

"Eclipse berada di luar kerajaan. Dia perlu uruskan sesuatu."

"Kenapa? Ayahanda sengaja hantar Eclipse keluar kerajaan kerana serangan semalam!"

"Jangan kurang ajar, Edmund. Eclipse tidak penting. Kamu perlu fokus pada tugas kamu sebagai putera raja Casuweth Empire. Rakyat Casuweth Empire mengharapkan kamu!"

Tiger dan Ripley rasa janggal pula berdiri di situ. Tapi, mereka diarah untuk terus berada disitu. Maka, mereka buat keputusan untuk berdiam dan perhati sahaja tanpa masuk campur. 

"Eclipse tiada. Edmund tak akan naik atas kerusi tu untuk terima crown bodoh!"

"Kalau Eclipse ada dekat sini dia tak akan sokong apa yang kamu buat, Edmund. Teruskan sahaja dan ikut apa yang ada dalam jadual." Raja Eslan masih cuba berlembut dengan puteranya nan satu itu. Edmund lah satu-satunya putera dari wanita yang dicintainya dan dia sangat sayang akan Edmund. Dia tidak mahu jawatannya sebagai pemimpin sesebuah kerajaan besar jatuh ke tangan orang lain. Pintanya, biarlah Edmund memegang legasinya sebagai raja Casuweth Empire. 

Edmund melangkah pergi tapi kata-kata dari ayahandanya membuat kaki dia terpaku di lantai itu. "Kamu ikut jadual pertabalan untuk beberapa hari lagi atau kamu ditabalkan sebagai raja dengan perjodohan kamu bersama puteri dari kerajaan Eriuthophia."

"What? Jodoh? Apa yang ayahanda merepek?"

"Ayahanda tak merepek. Menteri datang beritahu raja dari kerajaan Eriuthophia melamar untuk bersatu kerajaan tapi hanya jika kamu mengahwini puteri mereka." 

Tiger dan Ripley juga terkejut dengan berita ini. Malah, ahli Shadow Squad lain pun sudah mendengar berita mengejut ini. "Waktu majlis itu, ayahanda akan suruh Eclipse pulang untuk hadir."

"Ayahanda tak akan bersetuju dengan lamaran itu."

"Jangan cabar ayahanda. Ayahanda bagi kamu dua pilihan, Edmund."

"Ayahanda."

"Tak. Ayahanda tak akan ubah keputusan. Pilihan ada ditangan kamu. Ayahanda perlu pergi." 

"Eclipse macam mana?" 

"Eclipse akan pulang, tapi sama ada kepulangan dia dengar kamu menjadi raja Casuweth Empire atau kamu bergelar raja Casuweth Empire dimasa yang sama sebagai raja sehari." Balas Raja Eslan lalu meninggalkan puteranya disitu terpinga-pinga.

###########################

Selamat membaca dan selamat malam. Maaf sebab lambat update. Maaf juga sebab pendek. 

Harap korang enjoy baca part ni. Even sedikit emosi, mungkin. 

Vote, vote, vote!

Komen jangan lupa. 

Sayang korang. Hehehe.

Love, CKK.

CINGULAMONIAWhere stories live. Discover now