XXI

6.4K 377 23
                                        

"Eclipse~"

"Eclipse~" Dia membuka matanya apabila mendengar orang menyebut namanya. Dia melihat sekeliling. Kosong. Malah, dia tidak tahu dimana dia berada sekarang.

"Eclipse!" Tiba suara itu semakin kuat dan dekat dengannya. Badannya menggeletar kerana suara itu sedikit memberikan rasa menakutkan dalam dirinya.

"Kau nak apa?" Dia tanya tapi tiada suara yang keluar.

"Eclipse!!" Tiba-tiba, Python ada berdiri di depannya dengan muka berlumuran darah. Mata lelaki galak memandang dia seolah ingin menelah dia hidup-hidup.

"Kau dah mati." Eclipse cuba lari kerana nyeri dengan melihat muka ahli sihir itu. Dia sedar lelaki itu masih ada dibelakangnya mengejar. Suaranya tidak keluar dan dia yang selalu berani menjadi takut dan inginkan perlindungan.

"Aku kejar kau ni~ Hahaha." 

"Eclipse~ Eclipse~"

Saat Eclipse memanjat tangga dia terpijak kain gaunnya dan ini menyebabkan dia jatuh tersembam. Ingin dia berlari semula, lelaki itu sudah menangkap kakinya. "Arghh!"

"Eclipse."

"Argh!!!"

"Sshh." Edmund menenangkan gadis itu. Masa dia masuk ke dalam bilik rehat gadis itu. Perempuan miliknya sedang meracau dalam tidur ketakutan seperti dikejar. Dia cuba menyedarkan gadis itu tetapi tindak balas. Belakang tubuh Eclipse diusapnya lembut. Tubuh itu menggigil ketakutan dan esakan kedengaran. Dia memberikan ruang untuk gadisnya bertenang dan melepaskan segalanya dulu. 

"Are you okay, kitten?" Tanya Edmund pabila gadis itu mula menolak tubuhnya.

"Yes. Sorry."

"What happen? Nightmare?"

"Nothing."

"Kitten, kau tahukan aku tak suka benda-benda rahsia ni."

"Tuan putera buat apa dekat sini? Kalau orang istana tahu, macam-macam cerita boleh jadi."

"Cerita dekat aku apa yang berlaku."

"No." Eclipse menggeleng. Dia turun dari katil ingin menuju ke tandas.

"Nak pergi mana?" Soal Edmund memegang lengannya.

"Saya nak bersihkan badan. Tinggalkan saya sendiri."

"Kau ada dalam bilik aku. Hanya aku yang ada hak untuk suruh siapa keluar dan masuk dalam bilik ni."

Eclipse memandang sekeliling. Baru dia sedar keberadaannya. Sebaik sahaja dia jumpa Edmund pagi tadi, terus dia menyambung semula tidurnya kerana badan masih letih. Tetapi, terjaga dari mimpi ngeri lagi membuatkan tubuhnya letih. Entah kenapa Python tiba-tiba muncul dalam mimpinya dengan keadaan rupa yang menakutkan. Tubuhnya menggeletar kerana mengingatkan semula, lututnya lemah. Edmund menangkap tubuhnya.

"Eclipse." 

"I ask you again, kitten. And don't tell me nothing happen."

"Saya mimpi dia. Python."

"He's dead, Eclipse."

"Yes, I know. Moon? Moon mana? Moon! Moon!"

"Nanti aku suruh Tiger pergi cari Moon."

"Please, I want her right now." Merayu Eclipse. Hanya serigala miliknya itu mampu memberikan jawapan semua persoalan yang bermain di kepala dia.

"Eclipse." Dia dengar suara Moon dalam kepalanya.

"Moon! Kau dekat mana?"

"Aku datang sekarang."

"Moon akan datang sekarang." Eclipse memberitahu kepada Edmund. Dia memeluk tubuh lelaki itu. Badannya yang kecil berada dalam dakapan lelaki itu. Dia rasa selesa dan selamat. Matanya terpejam tapi dia buka semula. Tidak mahu berjumpa ahli sihir itu lagi dalam mimpinya.

CINGULAMONIATempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang