"Puteri Edora." Eclipse menunduk hormat menegur bakal isteri raja Edmund yang sedang memegang bakul kayu sambil memetik bunga di taman bunga istana.
"Ya."
"Saya Eclipse. Raja Eslan minta saya laporkan diri kepada tuan puteri. Sepanjang tuan puteri berada di Casuweth Empire, saya akan menjaga keselamatan tuan puteri."
"Maknanya, awak akan jadi pengawal peribadi saya?"
"Ya, tuan puteri."
"Tapi, saya tak perlukan pengawal peribadi."
"Erk... Berkaitan itu, saya rasa tuan puteri perlu beritahu kepada raja Eslan sendiri. Saya Cuma menjalankan tugas seperti yang diarahkan." Eclipse memberikan senyuman manis. Dia sendiri pun tidak sangka yang dia akan diberikan tugas menjadi pengawal peribadi kepada bakal permaisuri Casuweth Empire itu.
"Kalau macam tu, tak apalah. Awak tolong bawakan bakul ni untuk saya." Eclipse menyambut bakul kayu itu dan mengikut sahaja langkah puteri Edora yang senyap fokus memetik bunga. Dia memandang tuan puteri kerajaan Eriutophia itu. Muka itu bujur sireh dan putih seperti salju, lenggoknya juga lembut saat memetik bunga. Tidak pelik kenapa raja Edmund melamar perempuan yang berada di depannya itu menjadi permaisuri Casuweth Empire. Mungkin inilah ciri-ciri yang dipilih Edmund dalam memilih isteri.
"Edora!" Dia tersedar dari dunianya sendiri mendengar seseorang menjerit. Dia melihat Edmund memeluk perempuan itu dari belakang. Hatinya bagai tertusuk sembilu tapi dia pandai menyembunyikan perasaan terluka itu dengan senyuman.
"Tuanku." Eclipse mengundur kebelakang beberapa tapak dan menunduk hormat kepada raja baru itu.
"Edora buat apa dekat sini?" Edmund tidak memandang dia seolah-olah dia tidak wujud disitu.
"I petik bunga dekat taman istana you. Cantik-cantik warnanya. I ingat nak gubah dalam pasu dan letak dalam pejabat dan bilik you. Itupun, kalau you sudi."
"Apa ni, Edora. I suka je. By the way, taman istana ni bukan milik I je. Ia akan jadi milik you juga. One day." Edmund mencuit hidung Edora. Edora terkekeh kecil manja.
"Kau buat apa dekat sini?" Soal Sky dalam nada rendah kepada Eclipse yang menunduk memandang bawah. Rasa kasihan terbit melihat gadis itu. Bukan dia tidak kenal dengan bekas ketuanya seorang itu. Malah, Eclipse sudah dia anggap seperti adiknya sendiri. Bukan sahaja dia menganggap tu tapi ahli Shadow Squad lain juga merasakan sama.
"Raja Eslan arahkan aku untuk jadi pengawal peribadi puteri Edora sepanjang dia berada disini."
"Kenapa?"
Eclipse mengangkat bahu tanda tidak tahu apa motif raja Eslan. Sangkanya dia tadi saat jumpa bekas raja Casuweth Empire itu, dia akan dibuang negeri atau diarahkan menjalankan tugas di kerajaan lain. Tetapi, tidak. Malah, raja Eslan minta dia lupakan perkara lama. Pasal kematian permaisuri Casuweth Empire dulu tiada kaitan dengan dia, hanya ibubapa dia sahaja yang terlibat dan masih menjadi suspek dalam kes itu.
"Edora, you suka bunga mawar?" Edmund mengambil gunting dari tangan Edora dan mengambil sekuntum bunga ros lalu dihulur kepada Edora. Edora menyambut hulur. "Auch." Duri bunga mawar tercucuk jari Edora. Keluar darah dari jari Edora. Cepat-cepat Edmund tarik dan bawa ke dalam mulut.
Eclipse mengalihkan pandangan ke arah lain. Dia tidak sanggup melihat adegan itu. Nafasnya ditarik panjang sebelum kembali melihat pasangan itu. "Tuanku, ini ada plaster untuk balut luka jari puteri Edora." Eclipse mengeluarkan plaster yang memang sentiasa dibawa dalam poketnya.
"Sky, plaster." Edmund mengabaikan dia sekali lagi membuatkan Eclipse menyimpan semula plaster itu ke dalam poket.
"Mari kita masuk dalam. Panas dekat luar ni." Edmund memimpin Edora masuk ke dalam istana bahagian yang redup. Puteri itu duduk di kerusi melihat jarinya yang terluka.
"Kau dah tahu tengah panas ni kenapa tak bawa payung?!" Terkejut Eclipse kerana tiba-tiba dijerkah Edmund.
"Maafkan saya, tuanku. Saya juga baru dapat arahan daripada raja Eslan untuk bertugas sebagai-"
"Ah! Itu semua alasan. Kenapa tak sebelum kau datang sini selepas dapat arahan tu tak bawa payung? Kerja mudah pun tak boleh buat! Ke kau nak bakal isteri aku ni mati cepat?! Sama macam mak bapak kau yang bunuh mak aku!" Eclipse tidak tahu hendak menjawab apa. Tapi, kalau dia menjawab pun. Dia pasti, Edmund pasti akan memangkah penyataan setiap jawapan dia.
"Maafkan saya, tu-"
"Bukan minta maaf dekat aku! Kau patut minta maaf kepada bakal permaisuri Casuweth Empire!"
"Ed, you tak perlu buat macam ni. Dia tak sengaja. Lagipun, dia mesti pengawal baru yang ditugaskan ayahanda you. Tadi pun bukan panas mana." Edora bangun mengusap belakang Edmund menenangkan lelaki itu.
"Sky, iring puteri Edora balik ke bilik untuk berehat. Bawa bakul bunga ni sekali." Arah Edmund kepada Sky. Sky mengangguk faham.
"You tak teman I, Ed?"
"I ada urusan dengan perempuan ni sekejap."
"Tapi, Eclipse pengawal peribadi I. Nanti I yang akan uruskan."
"Tak apa, dear. Sekejap je." Edmund mengusap pipi Edora lembut. "Sekejap je."
Edora senyum dan mengangguk faham. "Nanti you hantar balik Eclipse dekat bilik I."
"Ok, dear." Sebaik sahaja Edora dan Sky hilang dari pandangan, Eclipse dipandang. Gadis itu menunduk tidak memandang dia. Dia memegang dagu gadis itu dan mengangkat agar pandangan mereka bertemu. Mata itu memikat dia walaupun benci dan dendam membara dalam diri dia terhadap gadis itu. Edmund menggeleng kepala membawa diri ke alam nyata semula. Tangannya mencengkam dagu Eclipse kuat sampai gadis itu mengaduh sakit. "Kalau kau berani apa-apakan Edora, siap kau!"
"Saya menjunjung perintah, tuanku."
"Kau faham tak?!"
"Faham, tuanku." Eclipse ditinggal sendiri di situ. Dia cuba menahan air matanya dari mengalir. Nafasnya ditarik panjang dan kepalanya mendongak pandang langit. Dengan cara itu dapat menahan air matanya dari mengalir.
##########################################
DONE UPDATE.
4 KE 5 KALI PADAM DAN TAIP BALIK. TAK TAHULAH INI OK KE TAK.
JANGAN LUPA VOTE.
TINGGALKAN KOMEN ANDA.
MAAF KALAU BAB MALAM INI TAK MENEPATI CITARASA KORANG.
LOVE A LOT, CKK.
YOU ARE READING
CINGULAMONIA
FantasíaA STRONG DESIRE TO HOLD A PERSON IN YOUR ARM SINOPSIS KORANG BOLEH BACA BILA KLIK READ. KENAPA TAK TULIS JE DEKAT SINI? SEBAB DIA LEBIH DARIPADA 2000 KARAKTER. SORRY. HOPE KORANG ENJOY TO READ IT. JANGAN LUPA UNTUK TINGGALKAN VOTE DAN KOMEN. ANDA DI...