Eclipse memandang Edmund yang keluar dari bilik Edora sedang membutang baju. "Kau pandang apa?!" Dia dijerkah lagi. Eclipse hanya bertindak mendiamkan diri.
"Aku tanya kau, kau pandang apa?! Tak ada mulut ke nak jawab!" Dagunya dicengkam lagi oleh lelaki itu hari ni.
"Maafkan saya, tuanku."
"Sorry lah kalau aku dengan Edora tadi bising sangat. Seronok betul dia dapat aku dan aku seronok dapat dipuaskan oleh dia. Bukan macam kau. Kayu." Lelaki itu senyum sinis kepada dia dan menunjal dahinya lalu berlalu pergi.
"Saya doakan tuanku bahagia disamping puteri Edora."
"Eh kau jangan nak acah kuat redha sangatlah! Tak sangka kau macam perempuan lain. Bodoh! Buat muka kesian kononnya redha. Tapi, dalam hati seribu makian kau taburkan dekat aku."
"Kalau itu apa yang tuanku fikirkan. Saya tak boleh cakap apa."
Edmund berang tinggalkan tempat itu. Dia rasa nak marah sebab gadis itu tidak menangis atau merayu minta dia berhentikan semua ini. Hanya kata maaf keluar dari bibir yang dia rindu itu. Malah, tiada lagi senyuman yang terukir di wajah Eclipse dan gadis itu sentiasa menunduk mengelak dari membalas pandangan dia.
Perkahwinannya yang sepatut berlansung esok ditangguhkan kepada bulan hadapan atas sebab ayahandanya meminta puteri Edora kenal tahu dulu Casuweth Empire macam mana. Dia mula membantah tetapi atas arahan ayahandanya dia tidak dapat menolak. Hanya akur. Dalam kecewa, dia sebenarnya rasa lega.
Eclipse masuk ke dalam biliknya. Air matanya terhambur jua akhirnya selepas seminggu dia memendam rasa. "Kenapa hati? Kenapa rasanya sakit sangat?" Soal dia sendiri ke hatinya. Tapi, tiada jawapan. "Kau kena kuat, Eclipse. Lupakan dia. Dia tidak layak untuk kau." Pesannya pada diri sendiri.
############################
"Edora mana?" Terkejut Eclipse tiba-tiba Edmund berdiri di depannya. Selepas kejadian dua hari lepas, dia tidak pernah nampak Edmund lagi. Tapi, sekarang lelaki itu yang berdiri di depannya.
"Saya tidak tahu, tuanku." Sungguh dia tidak tahu kerana pag-pagi sebaik dia jaga dari lena dan bersihkan diri memakai uniform, dia bergerak ke bilik puteri Edora seperti biasa. Tapi, kosong. Kini, dia sedang meliar di kawasan istana mencari perempuan itu. Tup tup, terjumpa pula dengan Edmund.
"Macam mana kau tak tahu? Macam mana kau jalankan tugas kau?!"
"Tuanku, kalau saya jumpa puteri Edora dalam bilik dia. Pasti saya ada dengan dia sekarang tetapi masalah puteri Edora tiada di biliknya dari pagi tadi. Saya tengah mencari dia sekarang."
"Alasan!"
"Apa masalah tuanku?"
"Kau cuba melawan aku?!"
"Ya. Tuanku, banyak kali jerkah dan marah saya atas kesilapan yang tidak pernah saya buat. Saya sedar saya ni anak pembunuh kepada bonda tuanku. Tapi, jangan sebabkan dendam tuanku, tuanku akan menyesal."
"Menyesal? Kau nak tahu tak apa yang paling aku sesal? Mengenali kau. Itu yang paling aku sesal."
"Suka hati, tuanku. Penat saya hadap perangai budak-budak tuanku." Eclipse berlalu dari situ. Tetapi, lengannya ditangkap oleh Edmund dan ditarik lelaki itu. "Tuank-" Mati kata-katanya saat bibir Edmund menutup mulutnya. Dia meronta-ronta minta dilepaskan. Tetapi, lelaki itu merangkul pinggang dia semakin erat. Badan mereka rapat. Semakin kuat dia meronta. Dia mengaduh pedih saat lelaki itu menggigit bibirnya tanda amaran.
Geram dengan perilaku lelaki itu Eclipse melutut bahagian privasi Edmund. Jatuh melutut Edmund menahan senak. "Kau!"
"Apa?! Tuanku yang gila!" Eclipse berlari meninggalkan raja itu sendiri. "Bodoh!" Dia mengesat bibirnya kasar.
"I miss that taste, dear." Kata raja itu sendiri dengan gelak hambar. Dia melihat Eclipse yang sudah berlari jauh meninggalkan dia.
###########################
"Puteri Edora." Akhirnya dia jumpa juga perempuan itu.
"Eclipse! Terkejut saya."
"Maafkan saya, tuan puteri. Tuan puteri pergi mana? Saya ke bilik tuan puteri tadi, kosong."
"Saya bangun awal. Jadi, sebabkan saya bosan. Saya jalan-jalan dulu pusing dalam istana." Jelas puteri Edora kepada Eclipse memberitahu sebab dia tiada di dalam bilik.
"Tuan puteri nak buat aktiviti apa pagi ni?"
"Tak. Saya nak tidur. Penat."
"Penat?"
"Ada masalah ke, Eclipse?"
"Tak ada, tak ada, tuan puteri. Saya iring tuan puteri ke bilik." Eclipse mengikut langkah tuan puteri itu menuju ke bilik.
Mereka sampai di depan bilik, raja Edmund sedang berdiri memandang mereka berdua. "You dari mana, Edora?"
"I pusing-pusing istana. So, I nak balik bilik untuk berehat sekejap."
"You rehat. Kesian muka merah-merah kena panas ni. You nak I gantikan bodyguard baru ke?" Edmund berkata itu sambil melihat Eclipse yang sedang menjeling ke arah dia.
"Tak perlu. Nanti I jumpa you dekat bilik you untuk uruskan baju perkahwinan."
"Ok, dear." Edmund iring Edora masuk ke dalam bilik. "Tuan puteri Edora..."
"Eclipse, awak boleh balik atau buat kerja lain. Nanti jumpa awak dekat bilik raja Edmund untuk fitting baju."
"Baik, tuan puteri." Eclipse menunduk hormat dan membiarkan pasangan itu sendiri.
"Eclipse." Raja Edmund memanggil dia menghentikan langkah dia.
"Sini."
Eclipse menggeleng kepala. Dia berdiri di tempatnya lansung tidak mendekati lelaki itu. "Nak apa?"
"Sini!"
"Tak nak."
"Eclipse! Sini!"
"Tak nak. Saya gerak dulu ya, tuanku."
"Eclipse!" Gadis membuka langkah seribu dari situ. Saat dia menoleh, lelaki itu sedang mengejar dia. Maka, dia membuka besar lagi langkahnya.
"Dapat pun. Kenapa kau lari?" Edmund memeluk Eclipse dari belakang. Tanpa dia sedar Eclipse menyiku perut lelaki itu.
"Eclipse!!!" Edmund memegang perut menahan sakit.
"Padan muka!" Gadis itu menjelir lidah dan berlari meninggalkan raja itu sendiri sekali lagi. Entah apa lah yang merasuk raja itu asyik menganggu dia.
############################
Sorry pendek je.
Hope korang enjoy baca this chapter.
Jangan lupa vote dan komen.
Love a lot, CKK.

YOU ARE READING
CINGULAMONIA
FantasyA STRONG DESIRE TO HOLD A PERSON IN YOUR ARM SINOPSIS KORANG BOLEH BACA BILA KLIK READ. KENAPA TAK TULIS JE DEKAT SINI? SEBAB DIA LEBIH DARIPADA 2000 KARAKTER. SORRY. HOPE KORANG ENJOY TO READ IT. JANGAN LUPA UNTUK TINGGALKAN VOTE DAN KOMEN. ANDA DI...