Eclipse mengusap lembut pipi Edmund yang sedang pulas tidur. Perlahan sahaja bibirnya mendarat di dahi lelaki itu. Tidak tega dia meninggalkan lelaki yang dicintainya itu tapi dia perlu pergi juga. Kewujudannya dalam istana Casuweth Empire tidak diperlukan lagi. Menteri George dan puteri Edora sudah dibawa ke muka pengadilan. Dirinya pula dibenci Edmund. Biarlah dia pergi membawa diri. "Moon." Moon sudah menunggu di beranda bersedia untuk terbang pergi dari situ.
"Eclipse... Kalau-"
"Tak, Moon. Aku tak perlukan disini lagi. Lebih baik aku pergi. Lagipula, aku bukan siapa-siapa pada dia." Moon mengeluh memandang simpati kepada Eclipse. "Dia ayah kepada anak dalam kandungan kau."
"Ya, aku tahu. Itu aku tak boleh nafikan. Zuriat ini milik dia. Aku akan jaga anak ni sendiri. Ni tanda cinta aku untuk dia, Moon."
"Tapi, anak ni perlukan ayahnya." Eclipse senyum memandang serigalanya. Tangannya mengusap lembut bulu Moon. "Aku mampu besarkan anak ni sendiri. Edmund tidak mengaku kandungan ini milik dia. Walaupun hakikatnya hanya dia satu-satu lelaki yang menyentuh aku, yang berjaya meruntuhkan ego aku dan yabg menang dalam mengikat hati ni."
"Eclipse... Aku akan sentiasa ada untuk kau dan aku hormati keputusan kau." Moon menundukkan badannya memberi ruang kepada gadis itu menunggang dia. Dengan nekad dan tekad Eclipse, Moon melebarkan sayapnya di tengah langit malam membelah angin. "Menangislah, Eclipse. Jadikan mutiara jernih malam ni menjadi penguat kau dalam hadapi hari seterusnya." Eclipse memeluh Moon dan menangis teresak-esak. Sungguh sebenarnya dia juga seorang perempuan yang ada hati dan perasaan. Sekuat dan setangkas mana dia dalam medan perang dan dalam menjalankan misi tapi apabila melibatkan hati, dia masih manusia. Bukannya robot yang tidak berperasaan.
############################
Edmund mengukir senyuman. Dia rasa tenang kerana bau Eclipse melekat di bantal yang dibaringnya. Tangannya meliar di bahagian sebelah atas katilnya. Kosong. "Kitten..." Lembut dia memanggil nama manja Eclipse mengharapkan gadis kesayangannya membalas. Tetapi, tiada. Dia membuka mata. Kosong ruang sebelahnya tidak berpenghuni.
"Eclipse..." Matanya meliar segenap ruang bilik mencari kelibat Eclipse tapi tiada juga. Lalu, dia bangun turun dari birai katil membuka pintu bilik mandi. "Eclipse..." Kosong. Lantas, dia mencari pula di bilik almarinya. Juga kosong.
Tangannya menguak kasar rambut kebelakang. Pintu bilik dibuka. "Sky!!!!!" Bergemalah suara bak petir menyambar di segenap ruang istana Casuweth Empire. Beberapa saat kemudian, Sky berlari kearahnya dengan ahli Shadow Squad yang lain. "Tuanku." Kelima-lima mereka termengah-mengah mencari nafas masih menunduk hormat kepada raja muda itu.
"Eclipse mana?!"
"Erk? Tuanku, bukan Eclipse bersama dengan tuanku ke semalam?" Tanya Sky kepada raja Edmund dengan riak muka pelik.
"Dia tiada di dalam bilik aku. Kerahkan semua pengawal istana mencari Eclipse di dalam istana! Hantar juga beberapa tentera ke pekan dan bandar untuk mencari Eclipse! SEKARANG!!! Cari Eclipse sampai jumpa!"
"Baik, tuanku." Mereka berlima mengangguk faham terus menjalankan arahan.
"Sepuluh minit aku nak Shadow Squad semua berada dalam bilik gerakan!" Tambah Edmund memberi arahan.
Sky memandang rakan-rakan setugasnya. "Ikut sahaja arahan raja Edmund." Tiger, Ripley, Wasabi dan Poppy mengangguk sokong.
############################
Eclipse memandang bunga-bunga liar yang menghiasi ruang laman depan kabin kayu. Tidak dia sangka di dalam hutan yang tebal ini ada tersembunyi kabin kayu yang sangat cantik reka bentuknya. Ini baru rekaan luaran, belum lagi dia melihat rekaan di dalam. Tidak sabar pula dia ingin menjalankan hidup baru di dalam kabin itu ditemani Moon. "Moon, cantiknya..."

ANDA SEDANG MEMBACA
CINGULAMONIA
FantasyA STRONG DESIRE TO HOLD A PERSON IN YOUR ARM SINOPSIS KORANG BOLEH BACA BILA KLIK READ. KENAPA TAK TULIS JE DEKAT SINI? SEBAB DIA LEBIH DARIPADA 2000 KARAKTER. SORRY. HOPE KORANG ENJOY TO READ IT. JANGAN LUPA UNTUK TINGGALKAN VOTE DAN KOMEN. ANDA DI...