Eclipse dan Sky berada di satu sudut tinggi bahagian istana. Mereka sedang memerhatikan Tiger dan Ripley mengajar Edmund. Pertama kali, dia melihat putera raja Casuweth Empire. Eclipse terpaku seketika. Bukan kerana rupa elok atau kekacakan yang dimiliki putera Edmund. Tapi, mata tuan putera itu seperti menyimpan seribu satu perasaan. Tiada senyuman terukir di wajah itu.
"Eclipse."
"Hah?"
"Asyik sangat kau tengok tuan putera tu."
"Hell no."
"Kau ada masalah apa-apa ke?"
"Tak. Tak ada."
"Tapi, kau sejak nampak tuan putera raja Edmund. Kau seperti sedikit terganggu."
"Terganggu? Kau merepek apa, Sky?"
"Nothing. Kalau kau dah tak nak cakap. Aku tak nak paksa."
"Sky! Kau ni nak cakap ke tidak? Cuba jangan cakap separuh-separuh."
"Like I say. Kau berubah. Mana pernah kau slow bila aku cakap."
"Haish, suka hati kau lah. Aku nak pergi tengok Wasabi dengan Poppy sekejap. Tengokkan dorang. Laporkan kalau ada something wrong somewhere."
"Ai, ai, kapten." Sky hanya memandang ketuanya berlalu pergi.
------------------------------------
"Mana fail?"
"Ni, kap."
"Tak ada satu maklumat tercicirkan?"
Poppy menggeleng. Dia ni kalau cari maklumat orang, sampai lubang cacing pun dia boleh cari. Eclipse membuka fail. Pertama yang terpapar di matanya adalah biodata putera raja Casuweth Empire.
"28 tahun?!"
"Kenapa, kap? Salah ke?"
"Tak. Tak. Betul kot."
"Kot?"
"Aku tak pernah tahu pasal dia. So, aku terkejut tengok umur dia."
"Kap, rasa dia muda dari kap ke?"
"Kind of."
"Jangan nak perasanlah, kap. Kami ni pun tua dari kap tau." kata Wasabi membuatkan Eclipse menjeling tajam.
"Aku gerak dulu."
"Aik, merajuk ke?" Wasabi memandang Poppy. Poppy mengangkat bahu tanda tidak tahu.
"Woi, Wasabi. Jangan nak buat tahi mata je. Tolong Poppy apa yang patut." Pap! Tepat balingan Eclipse ke muka Wasabi. Tak cool lah, kalau dia merajuk. Poppy bantai gelak tengok muka terkejut Wasabi.
--------------------------------------
"Tuanku ada?"
"Tuanku ada hal di luar negara. Tapi, kalau kapten nak jumpa menteri. Dia ada dekat dalam."
"Hmm. Tak apalah. Kalau tuanku balik. Beritahu saya nak jumpa dia atas urusan penting dan jangan inform kepada menteri."
"Baik, kapten." Tentera yang bertugas menjaga bilik kerja menteri memberi tabik hormat. Eclipse tahu dia tidak boleh percayakan tentera ni. Tapi, inilah rancangannya untuk menteri tidak duduk senang. Dia pasti menteri akan mencari jalan untuk tahu apa hal penting itu.
-----------------------------------
"Tiger, Ripley."
"Ya, kap."
"Macam mana dengan latihan pertama untuk hari ni?"
"So far. Semua mudah. Sebab tuan putera cepat belajar. Sekali tunjuk dia boleh ikut."
"Wow. Interesting."
"Korang ada cakap atau bersembang dengan putera raja?"
"Tak ada, kap. Putera Edmund tidak cakap banyak. Sepatah ditanya, sepatah juga jawabnya."
"Tak apa. Mungkin hari pertama ni dia tak biasa lagi dengan korang. Good job untuk tugas hari ni."
"Terima kasih, kap."
"Wasabi, Poppy, Sky. Korang pun boleh balik rehat. Aku akan tunggu sini."
"Kap nak kami teman?"
"Tak perlu." Eclipse mematikan panggilan dengan anak-anak buahnya. Dia memanjat bumbung istana. Entah kenapa dia memilih cara ini untuk perhatikan putera raja itu. Sedangkan mereka mempunyai bilik operasi untuk uruskan semua perkara disana.
Untuk hari ini, dia tidak bertindak apa-apa kerana tuan putera itu bukan seperti apa yang disangkanya. Putera Edmund jenis yang suka bersendiri dan pendiam. Hal ini membuatkan Eclipse tidak dapat menyembunyikan rasa ingin tahunya. Dia ingin tahu siapa sebenar tuan putera raja Samuel Edmund Valendra Edward. Kalau boleh dia juga ingin tahu kenapa lelaki itu boleh jadi sedingin ais seperti kerajaan di utara yang beku.
--------------------------------------------
DONE UPDATE. SORRY PENDEK JE. HARAP KORANG SUKA.
NIGHT. ASSALAMMUALAIKUM.
LOVE A LOT, CKK.
![](https://img.wattpad.com/cover/156639625-288-k295067.jpg)
YOU ARE READING
CINGULAMONIA
FantasiA STRONG DESIRE TO HOLD A PERSON IN YOUR ARM SINOPSIS KORANG BOLEH BACA BILA KLIK READ. KENAPA TAK TULIS JE DEKAT SINI? SEBAB DIA LEBIH DARIPADA 2000 KARAKTER. SORRY. HOPE KORANG ENJOY TO READ IT. JANGAN LUPA UNTUK TINGGALKAN VOTE DAN KOMEN. ANDA DI...