V

6.9K 363 8
                                    

Eclipse menarik kain menutup separuh wajahnya. Rambut ikal mayangnya yang panjang diikat ekor kuda tinggi. Celak hitam dipakaikan dimata membuatkan kanta mata merahnya terserlah seperti batu ruby. Cantik, mahal dan bernilai.

"Ready, kap?"

"Ingat. Bahasakan aku Eclipse. Bukan kap."

"Baik, kap. Maksud kami, Eclipse."

"Good."

"Gemuruh ke, kapten?" Tanya Wasabi di corong telinganya.

"No, I'm not."

"Kap, report kes semalam ada dekat Poppy. Aku tak ada area istana pergi settlekan suspek."

"Take care, Sky."

"Thank, kap. You too."

Dari jauh mata Eclipse menangkap tubuh gagah Edmund sedang bersandar di tiang astaka. "Tuan putera, maaf atas kelewatan kami."

"Tak apa. Aku faham. Lagi, apabila melibatkan perempuan."

"Excuse me." Dia bukan bodoh sangat untuk tidak faham apa yang cuba tuan putera itu sedang katakan. Matanya menjeling melihat putera itu atas bawah atas bawah. Buat apa dia nak berlagak baik acah sopan depan putera beku ni.

"Tiger kata kau mahir dalam senjata."

"Tak juga."

"Kita lawan."

"Huh?" Tiger dan Ripley cuak. Kemahiran Eclipse tidak boleh dipangkah. Lagi-lagi melibatkan senjata.

"Saya salah dengar ke?"

"Apa masalah kau?" Edmund berang kerana gadis menutup separuh muka itu seperti memandang rendah terhadap dia.

"Nothing." Terundur dia kebelakang sedikit. Pandangan tajam Edmund tidak menyukai dia.

Pedang ditarik. Nasib baik dia peka dengan tingkah aneh puter raja itu. Kalau tidak, sia-sia sahaja mukanya berparut. "What's wrong with you?!"

"Nampaknya kau bukan calang-calang orang."

"So, what?" Pertarungan mereka semakin sengit. Edmund tidak mahu kalah menyerang. Manakala, Eclipse menepis setiap serangan.

Eclipse membalas apabila Edmund seperti kehilangan tenaga kerana asyik menyerang. "Kap, control your swords." Poppy memesan.

"Eclipse, jaga-jaga." Terkejut Eclipse kerana Edmund menghunus pedang laju kearahnya. Badannya yang fleksible membuatkan dia bertindak cepat dengan flipback. Pantas kakinya mengambil kesempatan menendang pedang milik putera raja itu.

Dia berlari mengejar pedang yang tercampak. Dengan satu lompatan, dia berjaya menangkap pedang itu. Lalu, diletakkan di leher Edmund. "You lose!"

"No, I'm not." Pinggang Eclipse ditarik rapat. Terhiris sedikit leher putera raja itu. Cepat Eclipse menarik semula pedang ke belakang.

"Tuan putera!" Tiger dan Ripley berlari kearah Edmund. Darah yang mengalir menitis. Cepat Eclipse menekup luka terhiris itu dengan bibirnya.

"Erk!" Tiger dan Ripley terhenti. Terpempan dengan tindakan ketua mereka. Eclipse mencarik sedikit kain bajunya. Lalu, ditekup di leher Edmund.

"Aku pergi cari doktor." Eclipse menarik tangan Edmund supaya mehanan kain itu.

"Tak perlu." Edmund menahan langkah Eclipse dengan kaki. Tubuhnya yang tidak stabil tersandung ke depan tapi sempat ditahan. Putera raja itu menarik bajunya dari belakang. Dia terduduk atas tubuh Edmund.

"Ripley, kau ambil air dari air pancut kolam tu je." Berdekatan kawasan latihan mereka itu ada kolam kecil. Eclipse bangun. Sekali lagi, dia koyak sedikit kain bajunya dan celup ke dalam air kolam. Dia kembali kepada Edmund. Luka itu dicuci.

CINGULAMONIATempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang