Notes : Aisy back to my wrinting back. Maybe ada sedikit confuse. But, I try my best untuk tak confusekan korang.
Eclipse terjaga dari lena. Badannya direnggang-renggangkan. Tetapi, dia mendesis sakit apabila merasa pedi di bahagian bahunya. "Auch."
Tiba-tiba, dia merasa ada satu tangan melingkar di pinggangnya. Saat dia buka nata terpampang wajah kacak Edmund. Lelaki itu memandang dia. "Sakit dekat mana?"
"B- Ba- Bahu."
Tangan lelaki itu selamba menyelak baju di bahagian bahunya. Bibir Edmund mendarat di tempat lukanya semalam. "What are you doing?"
"Bangun. Pergi bersihkan diri." Arah putera kepada dia.
"Ok." Eclipse bangun masuk ke dalam bilik mandi membersihkan diri. Kini, kepalanya bermain seribu satu soalan bagaimana dia boleh berada di dalam bilik putera raja itu. Setahu dia, semalam dia berada di bilik sebelah. Tapix tak apa. Abaikan dulu. Sekarang ni dia perlu bersihkan diri.
"Argh!" Dia jerit kuat apabila air terkena tempat lukanya. Pedih dan sakit sehinggakan air matanya mengalir.
"Eclipse, buka pintu ni!"
"Saya ok. Jangan risau."
"Open this damn door!"
Tok! Tok! Mulanya ketukan sahaja. Tapi sebabkan Eclipse masih tidak membuka pintu Edmund mula menghentak pintu bilik mandi.
Bam! Bam! "Buka pintu ni, Eclipse. Atau aku pecahkan."
Eclipse mengambil tuala membalut tubuhnya. Dia membuka selak pintu bilik mandi. "Nak apa?"
"Sini." Edmund menarik tangan dia.
"Duduk." Dia duduk di sofa.
Lelaki itu datang semula dengan peti ubat. Perlahan-perlahan Edmund membuka balutan lukanya yang sudah longgar. "Kenapa basahkan tempat luka?"
"Lupa."
"Itu alasan kau, Eclipse?"
"Ya. Saya lupa, tuan putera."
Eclipse biarkan sahaja Edmund menukarkan balutan luka. Lelaki itu membuat kerja dengan lemah lembut. Dia jadi asyik melihat putera muda itu.
Tok! Tok!
"Sekejap."
"Maaf ganggu, putera Edmund. Saya cuma nak tahu tuan putera ada nampak Eclipse tak? Sebab kami cari dia di dalam bilik sebelah. Tiada." Suara Ripley diluar kedengaran risau.
"Dia ada dengan aku."
"Oh ye ke? Kalau macam tu saya beritahu semua Eclipse ada dengan tuan putera. Maaf, tuan putera."
"Tak apa."
"Nanti saya akan hantar Sky untuk tukarkan balutan luka Eclipse."
"Tak perlu. Aku boleh uruskan hal tu. Nanti kumpulkan orang selepas waktu makan tengah hari. Ada perkara yang ingin aku bincangkan."
"Baiklah, tuan putera."
Derapan kaki mengatakan Ripley sudah pergi memberitahu apa yang dipinta putera Edmund. "Berehat." Itu kata lelaki itu sebelum meninggalkan dia terpinga-pinga sendiri. Terlampau asyik sampai tak sedar balutan sudah pun ditukarkan.
Eclipse memegang lengan lelaki itu. Nak tarik baju, tak boleh. Sebab Edmund hanya menyarungkan seluar pendek tanpa berbaju di tubuh. Tak akan nak tarik seluar. Lain pula jadinya nanti.
"Terima kasih."
"Sama-sama kasih." Eclipse melepaskan tangan Edmund memberikan lelaki itu ruang untuk membersihkan diri.
YOU ARE READING
CINGULAMONIA
FantasyA STRONG DESIRE TO HOLD A PERSON IN YOUR ARM SINOPSIS KORANG BOLEH BACA BILA KLIK READ. KENAPA TAK TULIS JE DEKAT SINI? SEBAB DIA LEBIH DARIPADA 2000 KARAKTER. SORRY. HOPE KORANG ENJOY TO READ IT. JANGAN LUPA UNTUK TINGGALKAN VOTE DAN KOMEN. ANDA DI...