Edmund memandang tajam kearah menteri George. Rasa sakit pada tubuhnya tak rasa sesakit mendengar bait kata yang keluar dari lelaki tu di depannya. "Tuanku, nak lepaskan sahaja perempuan tu? Dia dah menyerang tuanku."
"Tapi, Eclipse menyerang atas pengaruh roh Python bukan saja-saja dia nak serang." Sky membela Eclipse.
"Semua tu orang tak tahu! Saksi nampak Eclipse yang mulakan serangan. Jadi disebabkan itu, perempuan itu perlu dihukum!"
"Cukup, menteri! Bilik ini untuk saya berehat bukan bincangkan hal kerajaan. Kenapa tidak boleh tunggu saya masuk pejabat dan kita bincangkan perkara ini? Atau memang betul kata Eclipse yang kau cuba cari jalan untuk kuasai kerajaan Casuweth Empire?!" Akhirnya, raja Edmund bersuara tegas. Sky hanya tersenyum sinis ke arah menteri George.
"Maafkan, tuanku. Saya minta diri dulu." Menteri George keluar dari bilik raja Edmund dengan kadar segera.
"Sky."
"Ya, tuanku." Sky memandang pemimpin baru itu.
"Macam mana dengan keadaan Eclipse?"
"Eclipse berjaya melepasi tahap bahaya. Kini, dia dalam keadaan stabil tapi masih tidak sedarkan diri. Malah, dengan permintaan tuanku semalam. Saya dah tempatkan Eclipse di bilik tamu istana. Doktor khas dan seorang jururawat perempuan ditugaskan untuk menjaga Eclipse."
"Bagus." Edmund berpuas hati dengan laporan Sky. "Tuanku, nak ke mana?" Soal Sky apabila melihat raja Edmund seperti ingin turun dari birai katil.
"Aku nak jumpa Eclipse."
"Sabar, tuanku. Tuanku kena berehat dulu. Eclipse sedar nanti, saya akan beritahu. Jangan risau."
"Aku nak berada disisi Eclipse."
"Ya, saya tahu tuanku. Tapi, tuanku juga dalam keadaan tidak sihat. Eclipse akan sedar." Sky menenangkan raja Casuweth Empire itu. Status sebagai raja bukan satu tiket untuk lelaki itu berperilaku bebas. Malah, pangkat baru Edmund membuat ramai musuh mencari jalan untuk jatuhkan lelaki itu. Jadi, mereka perlu peka dan tidak leka sehingga memudahkan orang mencari kelemahan.
"Kalau macam tu, tinggalkan aku. Aku nak berehat. Kau boleh pergi lawat Eclipse atau jalankan tugas kau yang lain."
"Baiklah, tuanku. Saya akan berada di depan bilik tuanku. Jika ada apa-apa, panggil sahaja nama saya." Pesan Sky sebelum keluar dari bilik itu dan menutup pintu. Memberi ruang kepada raja Edmund untuk berehat.
############################
Sudah seminggu berlalu, Eclipse masih tidak memberikan tanda-tanda untuk sedar. Manakala, Edmund tidak terlepas sehari untuk melawat gadis itu. Malah, ada malam dimana Edmund bermalam di bilik Eclipse. Itupun secara diam-diam dengan bantuan ahli Shadow Squad. Nyaris sahaja kelakuannya itu tidak diketahui ayahanda dia.
"Kitten, bila nak bangun. I miss you. Miss you so much." Luah Edmund mengusap lembut tangan gadis kesayangannya.
"Dah seminggu aku jadi raja Casuweth Empire. Banyak sangat tugas dan kerja perlu aku uruskan. Tetapi, yang paling membosankan adalah kertas-kertas yang menimbun dalam pejabat tu." Tangannya pula bermain di wajah gadis itu. Dari alis mata, ke hidung, kemudian berhenti di bibir merah delima itu. Memikat membuatkan dia meneguk air liur menahan nafsu. Ingin sahaja dia meragut bibir manis itu.
"I love you, Eclipse." Saat bibirnya meluahkan ayat keramat itu. Bibir Eclipse diragutnya lembut.
Eclipse terasa sesuatu bermain di wajah dia sebentar tadi. Dia dengar sayup-sayup suara yang dia kenal. Tiba-tiba, dia rasa bibirnya bertindih dengan sesuatu yang lembut. Matanya perlahan-lahan dibuka.
![](https://img.wattpad.com/cover/156639625-288-k295067.jpg)
YOU ARE READING
CINGULAMONIA
FantasyA STRONG DESIRE TO HOLD A PERSON IN YOUR ARM SINOPSIS KORANG BOLEH BACA BILA KLIK READ. KENAPA TAK TULIS JE DEKAT SINI? SEBAB DIA LEBIH DARIPADA 2000 KARAKTER. SORRY. HOPE KORANG ENJOY TO READ IT. JANGAN LUPA UNTUK TINGGALKAN VOTE DAN KOMEN. ANDA DI...