"Tuanku..." Sky memanggil Edmund yang sedang bersiap memakai tuksedo.
"Kenapa?"
"Hmm. Eclipse, tuanku." Mata Edmund yang tadi fokus membetulkan tie bow beralih ke arah Sky yang berdiri di muka pintu. Dia telah menghantarkan Sky, Tiger dan wasabi tolong uruskan Eclipse. Manakala, dua lagi baki ahli Shadow Squad ditariknya menjadi pengapit. "Kenapa dengan Eclipse?"
"Dia tak nak pakai wedding dress tu, tuanku."
"Kau ni Sky. Tak akan tak tahu cara macam mana nak pujuk dia. Beritahulah dress tu pakai untuk photoshoot."
"Raja Edmund!" Suara mak buyung dah kedengaran. Edmund rasa nak gelak melihat Eclipse dengan perut bulat tu berjalan macam penguin terkedek-kedek datang ke arah dia. Muka bengis tu tak nampak bengis tapi nampak comel. "Yes, kitten." Dia mendekati bakal isterinya. Pinggang gadis itu dirangkul erat. Tubuh mereka tidak rapat dihalang perut besar Eclipse.
"Jangan nak kitten, kitten. Orang sekarang tak ada mood nak kitten, kitten bagai ni. Dress tu untuk apa?" Eclipse menuding jari ke arah dress yang dipegang oleh Tiger. "Aku ada majlis khas untuk kau malam ni. Pakai dress tu."
"Tak nak." Eclipse menolak dada Edmund dan duduk diatas sofa kerana tidak larat berdiri. "Eclipse, pakai."
"Tak nak."
"Pakai."
"Tak nak."
"Jadi teman aku untuk majlis malam ni."
"Tak nak."
"Coklat nak?" Edmund cuba psiko bakal isterinya. Lima pasang mata melihat pasangan itu.
"Nak!"
"Aiskrim nak?"
"Nak!" Eclipse teruja dengan tawaran dari Edmund. Berbadan empat memang buat dia asyik mencari makan sahaja. Tapi, nasib baik pemakanan dia agak dijaga oleh Ripley. Kalau tidak, semua manisan dia bantainya untuk puaskan rasa mengidam.
"Kiss nak?"
"Nak! Eh, tak nak!"
"Mana boleh tarik balik jawapan. Nah." Chup! Edmund melekapkan bibirnya senang di bibir Eclipse.
"Sky, Ripley, Tiger, Wasabi dan Poppy. Tunggu dekat luar. Permaisuri Eclipse nak bersiap untuk majlis malam ni." Arah Edmund membuatkan kelima-lima jejaka itu keluar dari bilik persiapan.
"Don't you dare to address me as a queen in front them. I'm not the queen."
"Yes. You'll be the queen of the Casuweth Empire and also the queen of my heart."
"Benda ni tak lawak, tuanku." Sebaik Eclipse berkata begitu. Terbit ketawa dari bibir Edmund. "Aku tak buat lawak, kitten. Aku cakap benda yang betul."
"Betul atau salah. Fakta atau auta. Saya tak kisah. Sekarang ni, saya nak balik bilik. Tidur dan rehat." Eclipse berpaut pada sofa cuba untuk bangun. Edmund cuba menolong tapi ditepis.
"Untuk pengetahuan tuanku saya bukan jenis perempuan yang senang makan pujuk cara begini. Memegang status sebagai isteri sekalipun, saya tak akan benarkan tuanku miliki hati saya. Tuanku pergilah raikan majlis malam ni dan saya tak akan berada disana. Muktamad!" Dia keluar dari bilik persiapan lelaki itu dan perlahan-lahan menuju ke bilik tidurnya.
"Eclipse..." Dia memegang lembut lengan Eclipse. Tubuh gadis kesayangannya itu ditarik ke dalam dakapannya. Bibirnya pula mendarat di ubun-ubun Eclipse. "Please... Only for tonight."
"Fine. Untuk malam ni sahaja. Mengada sangat buat majlis makan malam ni kenapa?"
"Tadi kau cakap nak jadi isteri aku kan? So, aku nak realisasikan kata-kata kau tadi, kitten." Tangan Edmund menyelit rambut Eclipse ke tepi telinga. Pipi mulus itu dibelainya. "Makin comel. Geram tengok pipi ni." Tidak melindungkan rasa geram dia melihat kecomelan Eclipse, Edmund menggigit pipi itu manja.
YOU ARE READING
CINGULAMONIA
FantasiA STRONG DESIRE TO HOLD A PERSON IN YOUR ARM SINOPSIS KORANG BOLEH BACA BILA KLIK READ. KENAPA TAK TULIS JE DEKAT SINI? SEBAB DIA LEBIH DARIPADA 2000 KARAKTER. SORRY. HOPE KORANG ENJOY TO READ IT. JANGAN LUPA UNTUK TINGGALKAN VOTE DAN KOMEN. ANDA DI...