"Argh!" Suara Eclipse menjerit sakit sangat mengerikan bagi yang mendengar di situ.
"Eclipse." Edmund cuba memanggil gadis itu. Dia ingin mendekati tetapi dihalang oleh Shadow Squad. "Kau! Aku akan bunuh kau! Argh!" Suara garau itu memberi amaran sambil memandang dia tajam.
Eclipse yang tidak dapat menahan rasa sakit meringkuk atas tilam dan memeluk tubuh. Badannya menggeletar dan berpeluh. "Argh! Tinggalkan tubuh aku! Sendiri!" Dia cuba melawan. Dia tidak boleh mengalah.
Gedebuk! Mereka disitu terkejut apabila tidak sempat menahan tubuh Eclipse yang tergolek jatuh dari katil. Edmund cuba melihat tetapi "Tuan putera, biar saya check keadaan Eclipse." kata Wasabi menahan langkah dia.
"Eclipse... Eclipse..." Wasabi memanggil kapten dia.
"Hahahahahahahahaha." Suara garau itu jahat gelak dan pandang dia tajam. "Eclipse? Siapa tu? Aku dah kuasai dia! Dasar perempuan lemah."
Eclipse melompat kearah Wasabi dan menarik pisau yang terselit di pinggang lelaki itu. Kemudian, dia toreh lengannya sendiri dan dijilatnya. "Manis betul darah perempuan ni. Hahaha."
Roh jahat yang menguasai badan Eclipse memandang Edmund dengan pandangan tajam menikam. Mata Eclipse yang berwarna merah api kini berselindung disebalik selaput hitam. Nampaknya roh jahat itu berjaya menguasai Eclipse sepenuhnya. Roh jahat itu melompat ke arah Edmund dan cuba menikam. "Eclipse!" Sky menahan serangan pisau itu dengan pedangnya. "Bawa putera Edmund keluar dari bilik ini!"
"Eclipse!" Edmund cuba melawan untuk terus berada disitu tetapi apabila 15 pengawal muncul menarik dia keluar, dia tidak mampu berbuat apa kerana dia cuba melawan semakin bertambah pengawal menahan tindakannya.
"Kau tak akan mampu lari, putera Edmund! Kalau kau lari, perempuan ni yang akan jadi galang ganti nyawa kau! Hahahaha." Roh jahat itu memesan sambil berlawan dengan Sky.
"Eclipse!" Moon tiba-tiba muncul dan gigit lengan Eclipse. Menjeritlah roh jahat itu kesakitan dan kemudian dengan suara Eclipse lemah dan tubuh itu pengsan.
"Eclipse." Moon menahan tubuh tuannya dari jatuh ke lantai dengan tubuhnya yang besar dan berbulu. Sky mengangkat tubuh Eclipse dan letakkan diatas katil. "Poppy cuci dan balut luka kap. Termasuk luka gigitan Moon." Saat dia cakap matanya memandang Moon.
"Aku akan berada dalam bilik ni." beritahu Moon cuba berkomunikasi dengan Sky melalui minda. Eclipse dah pesan pada dia jika berlaku apa-apa, dia perlu berhubung dengan ahli Shadow Squad dan putera Edmund sahaja. "Apa yang berlaku sebenarnya, Moon?"
"Eclipse, panggil aku sebelum roh jahat Python kuasai badan dia. Kami pun tak tahu kenapa tiba-tiba roh jahat tu mula munculkan diri."
"Pertabalan putera Edmund diawalkan kerana raja Eslan tahu tentang roh jahat Python." beritahu Sky sambil mengeluh rambutnya dikuak kebelakang. Mereka buntu tidak tahu cara macam mana untuk hapuskan roh jahat itu. Roh jahat Python mula menguasai diri Eclipse sepenuhnya sehingga mencederakan gadis itu fizikal dan mental.
"Pastikan putera Edmund tak cuba masuk dalam bilik ini."
"Eclipse!" Mereka semua memandang kapten mereka yang sedang duduk bersandar di kaki katil sambil menyeringai sakit.
"Kau sedar?" Soal Wasabi ragu-ragu. Manalah tahu Python pura-pura jadi Eclipse dan menipu mereka. "Ya, ni aku. Jangan risau. Tapi, untuk elak perkara macam ni berlaku pastikan bilikni kunci dan kawal ketat. Paling penting jangan bagi aku dekat dengan putera Edmund termasuk jangan benarkan dia datang bilik ini. Ini arahan aku!" Melihat mata merah itu mereka pasti Eclipse menguasai badannya sendiri sekarang.
"Moon, Sky, Ripley, Tiger, Poppy dan Wasabi ini arahan. Kalau aku mengancam nyawa putera Edmund jangan ragu-ragu untuk halang aku dan kalau dengan bunuh dapat hentikan aku. Teruskan! Faham?" Mereka memandang antara satu sama lain. Moon dah menganggu faham. Maklumlah, sudah banyak kali pesanan ini diulang oleh Eclipse. "Tapi, kapten kita boleh cari cara lain untuk elak benda tu kan?"
![](https://img.wattpad.com/cover/156639625-288-k295067.jpg)
YOU ARE READING
CINGULAMONIA
FantasyA STRONG DESIRE TO HOLD A PERSON IN YOUR ARM SINOPSIS KORANG BOLEH BACA BILA KLIK READ. KENAPA TAK TULIS JE DEKAT SINI? SEBAB DIA LEBIH DARIPADA 2000 KARAKTER. SORRY. HOPE KORANG ENJOY TO READ IT. JANGAN LUPA UNTUK TINGGALKAN VOTE DAN KOMEN. ANDA DI...