Eclipse tidak dapat tahan ketawanya apabila dapat melihat Edmund dan beberapa askar dalam skrin Tekno a.k.a Tablet. Poppy telah memasangkan kamera sembunyi di baju Tiger. Jadi sebabkan itu mereka akan dapat mengetahui maklumat dalam perbincangan yang sedang berlansung. Kalau mereka menghantar Buttercup risiko untuk kantoi tinggi.
"Warren, laporan."
"Tuan putera, kita tak berjaya kesan orang yang cuba bunuh tuan putera. "
"Macam mana korang boleh gagal?! Benda ni senang je kan! Tak akan nak tunggu seorang terkorban, baru nak cari pembunuh tu sampai lubang cacing?"
Eclipse rasa terkejut melihat muka marah Edmund. Tapi, tak sepatutnya lelaki itu meletakkan kesalahan kepada Warren. Anggota askar tidak tahu tentang kewujudan Phyton yang dalam misi cuba menghapuskan putera raja Casuweth Empire.
"Sabar, tuan putera. Pembunuh ini sangat licik dan bukan calang-calang orang. Kalau dia pembunuh biasa pastinya kita akan dapat jejak dia dari semalam lagi." Sky menenangkan keadaan.
Tiba-tiba, tablet Wasabi berdering. "Raja Valendra."
"Eclipse, saya dapat tahu kamu cedera sewaktu diserang Phyton semalam."
"Ya, tuanku. Tapi, saya tak apa-apa. Ada apa ya, tuanku?" Eclipse bertanya dalam nada serius. Raja Casuweth Empire tak akan hubungi mereka secara tiba-tiba tanpa sebab.
"Saya akan hantar helikopter di kampung puak api untuk ambil Shadow Squad. Korang akan dihantar ke Potrait Westland untuk jejaki Phyton."
"Phyton? Tapi, dia masih ada disini. Itu saya pasti."
"Tak. Sebab ini saya dapat maklumat daripada menteri yang ada urusan kerja luar disana."
"Menteri? Tuanku tahukan saya tak percayakan menteri. Langsung." Berang pula Eclipse mendengar nama itu. Di depan raja Eslan, menteri George sangat pandai melakonkan watak yang baik, akur dan patuh. Tapi, di belakang menteri itu seorang yang sangat licik.
"Helikopter akan sampai lagi 10 minit."
"Baik, tuanku. Saya akan mengarahkan Shadow Squad untuk bersedia menjalankan misi."
"Terima kasih, Eclipse. Pastikan laporan jangan lupa."
"Baik, tuanku." Skrin kini kembali memaparkan perbincangan yang sedang berlangsung.
"Kapten?" Tiger memanggil.
"Suruh Sky, Poppy dan Ripley bersiap. Sekarang."
Tiger dan Ripley keluar meninggalkan Eclipse. Eclipse bangun mengambil beg dan mengisi bajunya dan barang-barang milik dia. "Moon." Seru gadis itu.
Muncul makhluk magik miliknya. Eclipse mengusap lembut bulu lebat Moon. "Moon tolong jejak Phyton. I know you can. Please."
"Baiklah." Eclipse terkejut apabila dia dengar suara dalam mindanya.
"Moon?"
"Ya, Eclipse. Ini saya. Kita boleh berbual melalui minda sahaja."
"That's so cool!" Teruja Eclipse tidak dapat sembunyikan. Dia memeluk Moon. Beberapa minit lepas dia berbual dengan Moon, dia sambung mengemaskan barangnya dan keluar dari bilik. Manakala, Moon sudah terbang keluar membuat apa yang dia pinta.
#################################
"Tuan putera, kami perlu beredar sekarang. Ada arahan dari tuanku raja Valendra." Celah Poppy apabila dia melihat jam mereka mempunyai dua minit sahaja sebelum helikopter tiba.
"Arahan?"
"Maaf, tuan putera. Ini arahan rahsia dari raja. Putera boleh minta kepastian dengan hubungi raja sendiri. Kami minta diri dulu."
ANDA SEDANG MEMBACA
CINGULAMONIA
FantasyA STRONG DESIRE TO HOLD A PERSON IN YOUR ARM SINOPSIS KORANG BOLEH BACA BILA KLIK READ. KENAPA TAK TULIS JE DEKAT SINI? SEBAB DIA LEBIH DARIPADA 2000 KARAKTER. SORRY. HOPE KORANG ENJOY TO READ IT. JANGAN LUPA UNTUK TINGGALKAN VOTE DAN KOMEN. ANDA DI...
