Nasib baiklah Poppy naik ke bilik Edmund, kalau tidak memang aku terkurung dalam ni. "Eh, Kap. Mana Dragon?"
"Dia keluar meeting untuk bincang dengan korang kan? Kenapa kau dekat sini?"
"Saya ingat Dragon ada dekat dalam bilik lagi. So, saya naiklah atas nak panggil dia. Tapi, kalau dia tak ada tak apa lah."
"Buka pintu ni dulu dari luar."
"Huh?"
"Dia kunci aku dari luar. Poppy, buka pintu ni. Tolong."
"Tapi, kalau Dragon tahu mesti dia marah saya."
Geram pula aku dengan Poppy ni. Waktu-waktu ketua tengah susah macam ni patutnya di tolong tapi fikirkan lagi perasaan putera pelik tu. "Aku kapten kau, Poppy."
"Tapi, Dragon lagi besar kuasa dia daripada kapten."
"Poppy!"
"Kap!"
"Huh? Apa? Dia balik dah ke? Cepat-cepat sorok Poppy." Telinga aku melekap di pintu itu. Cuba mendengar derapan kaki.
"Tak lah. Tahu cuak. Kapten pun takut dengan Dragon."
"Tak kelakar, Poppy. Kau tunggu aku keluar dari bilik ni. Memang aku-"
"Poppy, kau buat apa dekat luar ni?"
"Putera Edmund." Poppy menunduk hormat kepada putera raja itu. Terkejut dia dengan kehadiran lelaki itu. Tidak sangka pula nak kenakan kaptennya dia pula kembali terkena.
"Aku tanya kau buat apa dekat sini?"
"Saya naik nak jumpa tuan putera tapi tak tahu pula tuan putera pergi ke mesyuarat."
"Patutlah kau tak ada tadi. Kau cuba nak jumpa Eclipse?"
"Lebih kuranglah. Ada benda saya nak cakap dengan dia."
"Ke kau cuba lengahkan masa aku sebab dia cuba keluar dari bilik ni?"
"Saya baru sampai, putera Edmund. Tak akanlah saya nak cuba selindung Eclipse."
Aku dengar suara Edmund terus memperosokkan diri di bawah katil. Biar padan muka lelaki itu. Mesti cuak bila tahu dia berjaya larikan diri.
Klik!
Bunyi pintu dari luar dibuka.
Edmund mencari Eclipse. Bam! Tangan dia menepuk kasar daun pintu. "Mana dia?!"
Poppy rasa kecut perut dengar suara putera raja itu. "Saya tak tahu." Katanya sambil menggelengkan kepala.
"Tapi, tadi baru saya berbual dengan Eclipse. Dia ada dalam bilik."
"Mana?! Tak ada! Kau sorok dia dekat mana, Poppy?!"
"Saya tak sorok dia, tuan putera. Kalau betul saya cuba keluarkan dia dari bilik ni, kenapa pintu tak rosak atau pecah? Mangga yang tuan putera pasang tadi pun masih ada."
"Argh! Kau-" Edmund melepaskan kolar baju Poppy. Dia masuk ke dalam bilik mandi. Lengang.
"Eclipse!" Aku pun turut rasa kecut perut dengar suara Edmund. Aku membeku sahaja di bawah katil. Doa dalam hati supaya lelaki itu tidak tahu keberadaan aku. Nasib baiklah renda cadar katil ni labuh so memang putera raja tu tak boleh expect yang dia ada bawah katil.
"Kerahkan semua tentera cari Eclipse. Sekarang!!!"
Bam! Bunyi pintu tertutup kuat.
Aku menyelak sedikit renda. Melihat Poppy berdiri dengan tekno di tangan memberi arahan kepada Tiger dan Sky untuk cari aku serta minta beritahu tentera mencari juga. Tambah informasi baru, kalau tak dapat cari aku nyawa mereka mungkin bagai telur dihujung tanduk.

ANDA SEDANG MEMBACA
CINGULAMONIA
FantasyA STRONG DESIRE TO HOLD A PERSON IN YOUR ARM SINOPSIS KORANG BOLEH BACA BILA KLIK READ. KENAPA TAK TULIS JE DEKAT SINI? SEBAB DIA LEBIH DARIPADA 2000 KARAKTER. SORRY. HOPE KORANG ENJOY TO READ IT. JANGAN LUPA UNTUK TINGGALKAN VOTE DAN KOMEN. ANDA DI...