XV

6.3K 364 10
                                    

"Bawa Eclipse pergi!" Edmund mengarah. Tapi, aku masih berkeras di situ. Sepatutnya yang pergi ialah dia bukannya aku.

"Eclipse, pergi ikut Tiger."

"Tak nak."

"Sekarang bukan masa untuk tunjuk keras kepala, Eclipse." Wajahnya yang berang membuatkan aku rasa sedikit kecut perut tetapi itu tak akan membuatkan aku bertindak pergi dari situ. Keselamatan tuan putera itu lebih penting berbanding kami yang telang berjanji menggadai nyawa demi Casuweth Empire.

"Kap, macam mana ni?" Tiger memegang tangan aku.

"Dragon perlu dibawa keluar dari tempat ni. Sekarang. Macam mana sekalipun. Aku tak boleh bertindak kalau dia ada."

"Tapi, Dragon suruh kapten pergi."

"Tiger! Eclipse! Apa bersembang lagi? Pergi cari tempat selamat." Aku mengambil sesuatu dalam beg galas. Secara sembunyi aku menembak kaki Edmund dengan peluru yang mempunyai cecair yang boleh membuatkan mangsa pengsan serta-merta.

"Sky, tangkap tubuh Dragon. Bawa di ke tempat selamat. Poppy, tutup kawasan ni dengan dinding perlindungan. Hack sistem keselamatan kampung ni. Dan yang lain, ikut aku jejak Phyton."

"Baik, kapten!"

Aku berlari menuju ke tangga yang boleh tembus bawah tanah. Tiger dan Ripley mengekori aku dari belakang. Earpiece dipasang di telinga dan dua pucuk pistol berada di tangan. "Pakai sarung tangan. Phyton telah letak sihir di jalan sembunyi ni." Arah aku kepada mereka berdua.

Beberapa jam yang lepas...

Kami sudah sampai di perkampungan puak elemen api. Suasananya sangat lain dari kampung puak elemen air. Panas, itu semestinya. Tapi, seperti penduduk di sini sudah terbiasa. Aku membuka jaket kulit tinggal singlet hitam sahaja.

"Eclipse, pakai jaket tu balik."

"Panas, tuan putera."

"Pakai! Itu arahan aku."

"Baik, tuan putera." Elok sahaja tentera lain bersinglet kenapa dia tidak boleh. Bukannya dia buka singlet tinggal sport bra. Mata aku julingkan keatas. Menyampah.

Selepas, sesi suai kenal dengan orang kuat puak elemen api mereka menjemput kami semua untuk menjamu selera. Memang kena sangatlah dengan perut yang lapar. Nasib baik, aku boleh lari sekejap daripada Edmund. Meja makan orang besar-besar hanya menempatkan orang berpangkat. Manakala, yang lain makan di meja biasa.

Beberapa persembahan dipertontonkan kepada kami semasa menjamu selera. Puak elemen api mempunyai ramai anak-anak muda berjantina perempuan berbanding lelaki dan semuanya cantik-cantik. Tidak ada perempuan yang tidak merebut peluang melayan putera Edmund. Apa yang aku buat hanyalah fokus dengan makanan yang terhidang sebab kelaparan.

Tapi, tiba-tiba semasa persembahan mereka diserang. Bukan mereka tetapi putera Edmund. Terkejut aku apabila terpacak satu anak panah di kerusi tempat tuan putera itu duduk. Kalau sahaja Edmund tidak menunduk mesti lelaki itu sudah mati dengan anak panah menusuk tepat di dahi.

"Askar!" Aku terjerit tanpa sedar memberi arahan supaya mereka melindungi Edmund. Semua yang ada disitu kelam kabut lari menyelamatkan diri.

"Kapten." Wasabi memanggil aku. Terkejut aku apabila Phyton memunculkan diri dengan pemanah dan anak panah sedang diacu tempat kepada Edmund.

Saat anak panah itu dilepaskan, aku melompat dari meja makan dan berdiri di tengah-tengah. Bahu aku ditusuk anak panah. Terduduk aku seketika. "Pantas."

"Serahkan diri kau, Phyton."

"Tidak sama sekali. Aku bukanlah penjenayah yang pernah kau tangkap sebelum ni, Eclipse."

CINGULAMONIAWhere stories live. Discover now