XX

6.4K 393 7
                                    

Eclipse membuka mata. Kepalanya yang pening dipegangnya tapi tidak boleh. Tangannya diikat.  "Dah sedar."

"Phyton."

"Kalau kau biarkan aku bunuh putera tu mesti kau boleh hidup."

"Aku tak akan lepaskan kau kalau kau cuba apa-apakan Putera Edmund."

"Jangan risau. Pasti waktu ni, dia tak tenang bila tahu kau hilang dari camp site."

"Apa yang kau cuba buat, Phyton?" Eclipse risau. Dia harap waktu ini Edmund tidak mencari dia dan dalam perjalanan pulang ke Casuweth Empire. 

Dua hari selepas serangan lembaga hitam itu, Poppy berjaya menghubungi tentera Casuweth Empire  bahagian perhubungan. Semalam, sebuah kapal berjaya mendarat di pulau tempat mereka tersadai selama dua minggu. Phyton gelak sinis memandang dia. "Kau ingat aku akan lepaskan kapal tentera berlayar macam tu je ke?"

"Aku akan pastikan dia mati, Eclipse."

"Tak. Sebelum kau cuba bunuh putera Edmund, pedang aku tertusuk dekat jantung kau dulu!"

Pang! "Kau jangan nak tunjuk berani. Sedar sikit, kau tu dalam tahanan aku!"

Lelaki sihir itu pergi meninggalkan dia sendiri terikat dalam bilik yang gelap gelita. Dia perlu keluar daripada kurungan ini. Nyawa putera Edmund dalam bahaya dan hanya dia sahaja yang tahu niat Phyton yang ingin menyerang kapal tentera. 

"Moon." Eclipse cuba memanggil. 

"Moon." Sekali lagi dia memanggil serigalanya. 

"Moon." Kali ketiga, dia dengar salakan serigalanya. 

"Eclipse."

"Aku tak tahu aku dekat mana, Moon. Tolong aku keluar dari tempat gelap ni. Edmund dalam bahaya."

"Edmund dan Shadow Squad lain dah ada atas kapal dan sudah berlayar sejam yang lepas."

"Tak. Selagi mereka tak lepas dari lingkaran pulau ni, bermakna mereka boleh diserang Phyton."

"Aku dah tahu kau dekat mana." Kata Moon memberikan Eclipse harapan.

Woof! "Moon!" Dia nampak serigala hitamnya bersinar di dalam kegelapan sedang berjalan ke arahnya. Moon mencakar pagar kurungan itu. Akhirnya, dia berjaya keluar dari kurungan itu selepas Moon mencabutkan ikatannya menggunakan kuku yang tajam.

"Bawa aku ke kapal tentera, sekarang."

"Jangan risau. Aku akan pastikan mereka tidak menyerang kau." Tambah Eclipse lagi mengusap lembut tubuh Moon. Dia tahu ia merupakan satu risiko menunjukkan Moon di hadapan tentera Casuweth Empire kerana makhluk fantasi hanya boleh berada di kawasan atau kampung yang mempunyai ahli sihir dan pari-pari sahaja.

################################

"Sky, Eclipse mana?" Edmund mencari gadis itu dari tadi. Hubungan mereka agak dingin selepas kejadian mereka diserang hari tu. Gadis itu mengelakkan diri dari bercakap atau memandang mata dia. Malah, saat Eclipse sedar dari tidur menyedari mereka tidur di dalam hammock yang sama, tanpa belas kasihan tubuhnya ditolak keluar oleh gadis itu sendiri.

"Kapten maybe ada dengan Poppy di bilik kawalan atau dengan Ripley dekat bahagian dalam kapal."

"Tak ada."

"Tuan putera, pasti?"

"Dia tak ada, Sky."

"Mana kapten?" Sky bertanya kepada ahli Shadow Squad yang lain melalui earplug. 

"Tak ada dengan aku." 

"Seriuslah?! Aku ingat dia dah naik." Edmund rasa tidak sedap hati.

"Kapal tak boleh gerak! Kapal tak boleh gerak!" Jerit kapten kapal dan anak-anak kapal.

CINGULAMONIATempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang