"Tuan putera."
"Eclipse, kau buat apa dekat pejabat ayah aku?"
"Erk." Aduhai, kenapa pula Poppy tak beritahu kalau Edmund menuju ke sini. Apa dia nak jawab dekat lelaki seorang ni? Tak akan nak cakap 'Saya perisik rahsia Casuweth Empire.' Memang tak lah nak jawab macam tu.
"Eclipse."
"Ya, tuanku." Eclipse memusingkan badan dan menunduk hormat kepada raja Casuweth Empire.
"Edmund, kamu buat apa dekat sini?"
"Ini ada fail berkaitan kes Fairy Village mempunyai masalah air dan musim kemarau."
"Terima kasih. Eclipse nanti awak beritahu Tiger dan Ripley ya."
"Baik, tuanku. Edmund masuk. Kita bincang hal ni."
Eclipse cepat-cepat beredar dari situ. Nasib baik raja Casuweth Empire keluar menyelamatkan keadaan. Pandai-pandailah raja tu kelentong apa dekat anak dia. Pastinya, dia kena lebih berhati-hati lepas ni.
Dia bersiul gembira berjalan dalam istana. Semalam mereka dapat maklumat keberadaan Phyton. Jadi, sebab itu dia berjumpa dengan raja ingin memberitahu perkara itu.
"Wait, kitten."
"Excuse me?" Tangannya yang direntap membuatkan tubuhnya berpusing dan tersandar di dada bidang orang itu.
"Tuan putera." Eclipse menjarakkan kedudukan dia dengan tuan putera itu. Terkejut saat mendongak melihat gerangan siapa menarik tangannya.
"Kau kenal ayah aku?"
"Siapa tak kenal tuanku raja Casuweth Empire. Saya rakyat kerajaan ni."
"Bukan itu maksud aku. Yang aku maksudkan tu. Apa hubungan kau dengan ayah aku? Bukan calang-calang orang boleh lepas masuk pejabat raja Casuweth Empire macam tu. Sedangkan menteri pun perlu buat temu janji sebelum bertemu dengan ayah aku."
"Tiger minta aku jadi orang tengah untuk sampaikan arahan tuanku. Itu sebab aku jumpa tuanku."
"Arahan apa?"
"Rahsia."
"Apa, Eclipse?" Edmund menggenggam lengan dia.
"Sakit, putera Edmund." Desis Eclipse. Lelaki itu melepaskan lengannya.
"Kau still tak nak beritahu aku?"
"Tak, walaupun tergadai nyawa sekalipun. Ini amanah raja Casuweth Empire kepada saya."
"Kau nak pergi mana?"
"Jumpa Tiger dan Ripley." Padahal, sebenarnya dia nak berehat sahaja di dalam bilik. Letihnya yang semalam tidak habis lagi. Terkejut juga Eclipse apabila celik-celik mata dia dalam bilik putera Edmund. Melihat bilik itu kosong dan tiada kehadiran Edmund, Eclispe terus mencabut diri keluar. Tanpa meninggalkan apa-apa pesan.
"Bolehlah, kita jalan sekali. Sebab aku ada kelas lepas ni dengan dorang."
"Kalau tuan putera nak saya iringkan. Mari." Eclipse berjalan di sebelah Edmund. Mereka membawa kaki menuju ke tempat latihan.
-------------------------------------------
"Phyton! Kapten, kita dah dapat cam wajah sebenar Phyton."
Eclipse yang menahan ngantuk melihat latihan putera Edmund, tercelik mata luas. Akhirnya, lelaki sihir itu sudah tertangkap. Tapi, sekarang dia pula tersepit dalam situasi ni.
"Tiger, aku pergi ambil angin dekat sana sekejap."
Tiger mengangguk faham apabila Eclipse cuba membolos dari situ. Dia juga dengar apa yang sahaja diberitahu Poppy tadi. Ketua mereka perlu merencanakan pelan untuk menangkap lelaki bahaya itu. Selagi, lelaki bahaya itu di luar sana keselamatan tuan putera Edmund bagai telur dihujung tanduk.

ANDA SEDANG MEMBACA
CINGULAMONIA
FantasíaA STRONG DESIRE TO HOLD A PERSON IN YOUR ARM SINOPSIS KORANG BOLEH BACA BILA KLIK READ. KENAPA TAK TULIS JE DEKAT SINI? SEBAB DIA LEBIH DARIPADA 2000 KARAKTER. SORRY. HOPE KORANG ENJOY TO READ IT. JANGAN LUPA UNTUK TINGGALKAN VOTE DAN KOMEN. ANDA DI...