Edmund menunggang kuda. Begitu juga dengan aku. Tapi malangnya, aku tidak dibenarkan menunggang kuda lain dan hanya dibenarkan ikut jika aku tunggang bersama Edmund.
Shadow Squad hanya diam tanpa berkata apa. Apatah lagi tentera-tentera, memang tak berani nak menyoal atau bercakap. Dimitri, Windy, Jacob, Vanilla pun hanya melihat.
"Eclipse."
"Apa?"
"Mengantuk ke?"
"No." Mata aku melihat pemandangan hijau damai Fairy Village. Jawab sepatah pun sebab malam melayan Edmund. Hari ini aku terpaksa pakai pakaian uniform yang menutup sampai leher. Selamba badak lelaki itu meninggal kesan merah di leher dia. Bila ditanya pagi tadi, boleh dijawab dengan kenyitan mata. Siapa sahaja tak bengang?
"Kalau penat kau boleh tidur sandar aku."
"Putera, fokus. Putera ada tugas datang sini. Bukan tunjuk perangai ulat bulu."
"Ulat bulu ni naik daun bila dengan kau je."
"Pape je lah."
"Cantik tak abs aku semalam? Lena tidur peluk kan?"
"Shut up, prince Edmund."
"Try me."
"Ugh." Aku mendengus geram. Setahu dia, pertama kali jumpa lelaki itu wataknya beku macam berada di kutub utara. Tapi, sekarang ni tidak sampai sebulan. Edmund macam nakal, kaki sakat, kaki cari pasal. Atau dalam terma pendeknya ciri-ciri badboy.
"Tuan putera, jaga-jaga." Terkejut Edmund dan aku apabila tiba-tiba ada batu besar berguling dari arah tepi. Nasib baik aku pantas menarik tali kuda itu agar berhenti dan berpusing. Tapi, tubuhku yang tidak stabil nyaris buat aku jatuh. Tindakan oantas Edmund sauk pinggangku dan mendudukkan aku di belakang dia. Aku memeluk pinggangnya kerana terkejut.
"Are you okay, Eclipse?"
Aku meletakkan dahi aku di belakangnya. Dia melepaskan nafas lega bila tahu aku mengangguk kata ok. "Nak stop dulu?"
Aku menggeleng. Tidak mahu disebabkan hal kecil itu buatkan perjalanan kami tertangguh. Even, tempat tuju kami hanya mengambil masa setengah jam dari tempat penginapan.
"Tuan putera."
"Tak apa. Saya ok." Aku memandang tepi. Ripley dan Sky.
"Cari punca." Arah aku kepada mereka tanpa bersuara. Mereka mengangguk faham. Aku melihat Wasabi dan Tiger perlahan-lahan tinggal kumpulan kami dan pergi ke tempat yang berlaku perkara tadi.
"Wasabi cakap batu tu hilang. Mungkin ada yang perhatikan perjalanan kita." Ripley memberitahu aku. Kami berhubung tanpa bersuara dan hanya gerakan mulut.
"Pihak elemen boleh tahu tak kalau ada sesiapa menggunakan kuasa di kawasan ini? Kita tak boleh lepaskan pelaku. Nyawa Dragon tak boleh jadi risiko."
"Baik, kap."
Ripley kembali selepas beberapa minit.
"Tak boleh, kap. Hanya ketua sahaja ada kuasa untuk kenalpasti siapa dan di mana. Batu tadi hilang sebab Vanilla dah hancurkan batu tu jadi kecil."
"Nasib baik. Bahaya kalau dibiarkan berguling. Nanti orang luar lain jadi mangsa."
"Eclipse, kenapa diam dekat belakang? Kau lena ke sebab sedap peluk aku?"
"Tuan putera, jangan risau. Saya masih hidup dan sedar di belakang ni."
"Berbual dengan aku." Kata Edmund itu lebih kepada arahan.
"Berbual apa?"
"Kenapa kau ikut misi ni?"
"Nak tolong Tiger dan Ripley."
YOU ARE READING
CINGULAMONIA
خيال (فانتازيا)A STRONG DESIRE TO HOLD A PERSON IN YOUR ARM SINOPSIS KORANG BOLEH BACA BILA KLIK READ. KENAPA TAK TULIS JE DEKAT SINI? SEBAB DIA LEBIH DARIPADA 2000 KARAKTER. SORRY. HOPE KORANG ENJOY TO READ IT. JANGAN LUPA UNTUK TINGGALKAN VOTE DAN KOMEN. ANDA DI...