IV

6.7K 370 9
                                    

Bam! 

Terkejut Wasabi dan Poppy apabila bilik gerakan mereka dibuka secara kasar. Mereka mengeluarkan pistol yang tersisip di pinggang dan acukan pada pintu. "Korang siapa?"

"Eclipse mana?" Menteri muncul dari belakang dua tentera yang menendang pintu bilik gerakan mereka.

"Tuan menteri tak tahu adab ke?" Sinis Eclipse bertanya dari belakang. Dia perhati sahaja dari jauh tadi tengok tiga lelaki yang berada di luar bilik gerakan Shadow Squad. Terkejut juga dia pada mulanya melihat dua tentera yang bertugas di bawah arahan menteri selamba menendang pintu bilik gerakan. Eh, kalau tak fikir dia ada sifat sabar memang makan penyepak dah. 

"Aku ada urusan dengan kau."

"Urusan apa?"

Mata Eclipse yang berwarna merah memandang kedua-dua tentera itu. Terkejut mereka terus menunduk. "Kau!" Eclipse menarik kolar tentera yang dia jumpa semalam.

"Berani kau tunjuk muka depan aku lepas aku letakkan kepercayaan. Dengar sini! Kerajaan ni paling berkuasa tuanku raja Casuweth Empire bukan menteri ni. Belah dari sini kau berdua. Bawa ketua korang ni sekali." Cabut lari dua orang tentera itu sambil membawa menteri. Sempat menteri menjeling ke belakang memandang dia. Pantang sungguh bagi Eclipse hadap manusia yang tidak ada adab ni.

"Korang ok?"

"Ok, kap."

"Ripley, Tiger mana?" Suara tu! Eclipse terus menarik topeng menutup separuh mukanya.

"Ripley, Tiger mana?" Suara tu! Eclipse terus menarik topeng menutup separuh mukanya

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

"Putera Edmund." Mereka bertiga meletakkan tangan di dada dan menunduk hormat kepada tuan putera raja Casuweth Empire. Bagaimana entah getah rambutnya tercabut habis tempias kena muka Edmund. Semakin menunduk kebawah dia dibuatnya. "Maafkan saya, putera Edmund."

"Suruh Tiger dan Ripley jumpa aku dekat tempat latihan."

"Baik, putera Edmund." Jawab Poppy. Putera raja itu terus berlalu pergi. 

"Kap, Dragon dah pergi."

"Fuh! Macam mana dia tahu bilik gerakan kita ni?"

"Poppy suruh Tiger dan Ripley bergerak cepat ke tempat latihan mereka." Arah Eclipse sebaik menegakkan tubuhnya. 

"Ini mesti ada kaitan dengan kemunculan menteri tiba-tiba tadi. Nasib baik skrin tekno boleh menyamar jadi dinding bila bilik ini diceroboh. Kalau tidak memang banyaklah soalan Dragon tadi."

"Kap, kami dah ada di tempat latihan 10 minit dari tadi." Terpapar muka Tiger dan Ripley di skrin tekno. Skrin tekno merupakan skrin yang berteknologi tinggi yang mudah dikawal Poppy. Malah skrin itu boleh dikecilkan dan bawa pulang ke rumah.

"Hmm. Tak apa. Teruskan latihan korang macam biasa. Wasabi, tolong pergi tengok menteri dengan dua tentera tadi. Cuba dapatkan informasi apa-apa berkaitan dengan kejadian tadi."

CINGULAMONIATempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang