Pintu besar itu diketuk dia dahulu. Tok! Tok!
"Masuk."
Pintu besar itu ditolak dia. Kakinya melangkah masuk dengan satu senyuman. Fail yang dibawa dia genggam kuat.
"Eclipse, how are you?"
"Tuanku." Eclipse menunduk 90 darjah hormat kepada Raja Casuweth Empire.
"Saya sihat dan dalam keadaan baik, tuanku. Tuanku, apa khabar?"
"Sihat juga. Saya nak berterima kasih sebab awak berjaya bawa balik putera saya dengan selamat."
"Itu tugas saya, tuanku."
"Macam mana dengan laporan?"
"Ini fail laporan. Semua maklumat ada dalam ni termasuk gambar. Python tidak akan lagi ganggu Putera Edmund."
"Ya. Saya harap tak ada yang akan merosakkan majlis pertabalan Edmund."
"Jangan risau tentang itu. Kami Shadow Squad dah mula menyusun dan mengagihkan tugas sepanjang pertabalan itu berlansung. Putera tuanku akan selamat menjalankan acara itu dengan selamat. Itu janji saya."
"Terima kasih, Eclipse. Apa-apa tolong inform kepada saya atau setiausaha saya."
"Menurut perintah, tuanku."
"Tuanku." Tiba-tiba, perbincangan mereka terganggu. Setiausaha Raja Eslan masuk ke dalam ruang pejabat.
"Ya, Tiana?"
"Menteri ada di luar. Dia ingin berjumpa, tuanku."
"Saya ada hal dengan Eclipse."
"Dia ada hal penting yang ingin sampaikan kepada, tuanku."
"Tuanku, saya minta diri dulu. Mungkin menteri memang ada benda penting nak sampaikan kepada tuanku."
"Awak pasti, Eclipse?"
"Ya."
"Tapi, Menteri cakap. Perkara ini ada kaitan dengan Eclipse." Beritahu Tiana.
Eclipse memandang Tiana. Kemudian, dia memandang Raja Eslan. "Suruh Menteri masuk."
"Baik, tuanku."
"Eclipse, nak pergi mana?"
"Saya rasa Menteri akan cari pasal dengan saya."
"Hey, Eclipse. Lama tak nampak. Tak sangka kau hidup lagi."
"Menteri." Lelaki perut boroi itu dipandang dia benci. Menyampah. Kalau sahaja dia dapat buktikan yang Menteri ketua kepala atas apa yang berlaku. Pasti sahaja lelaki itu tidak berani berjalan megah menghadap Raja Eslan.
"Ada apa-apa yang perlu saya tahu, Menteri?"
"Eclipse dibawah pengaruh sihir Python!"
"Huh?!"
"Jangan nak buat tuduhan, Menteri." Berang Eclipse. Walaupun perkara itu benar, biarlah perkara ini jadi rahsia kerana dia akan mencari jalan untuk buang semua ni. Cukuplah dua minggu dia asyik terseksa dengan kemunculan Python di dalam mimpinya tiap malam.
"Kau tahu perkara sebenar, Eclipse."
"Memang aku tahu. Tapi, macam mana kau tahu tentang Python kalau hal ini hanya rahsia aku dengan Raja Eslan!"
"Saya beritahu dia." Eclipse memandang Raja Eslan tidak percaya.
"Tapi, tuanku?"
"Menteri perlu tahu. Dia kena tahu sebab kenapa saya nak keluarkan arahan kepada tentera mencari Edmund hilang. Jadi, saya ceritakan segalanya kepada dia."
ANDA SEDANG MEMBACA
CINGULAMONIA
FantasíaA STRONG DESIRE TO HOLD A PERSON IN YOUR ARM SINOPSIS KORANG BOLEH BACA BILA KLIK READ. KENAPA TAK TULIS JE DEKAT SINI? SEBAB DIA LEBIH DARIPADA 2000 KARAKTER. SORRY. HOPE KORANG ENJOY TO READ IT. JANGAN LUPA UNTUK TINGGALKAN VOTE DAN KOMEN. ANDA DI...
