XXXIV

7.3K 419 44
                                    

Sky memimpin Eclipse keluar dari bilik air. "Kau okay tak?"

"Salah makan je kot. Muka kau tak perlu cuak macam tu kot."

"Kau pasti ke yang kau okay?"

"Sky, I know how to take care of myself." Eclipse meyakinkan sahabatnya itu.

"Kenapa kau ada dekat sini? Raja Edmund mana?"

"Aku diarahkan untuk berada di istana sahaja hari ni. Tuanku ada di bilik tuan puteri Edora. Kau okay ke?"

"Aku okay je, Sky. Muka aku ni macam nak mati dah ke?"

"Eclipse!" Muka Sky marah tidak suka apa yang disebut bekas ketuanya itu.

"Hahaha. Aku okay. Tengok aku masih boleh lompat bintang." Gadis itu bangun melompat bintang di depan Sky.

"Kau jangan tukar topik."

"Mana ada aku tukar topik."

"Eclipse... Kau tahukan apa yang aku cuba maksudkan. Raja Edmund dengan puteri Edora."

"Raja Edmund dah buat keputusan. Puteri Edora mesti calon terbaik untuk jadi pendamping hidup dia untuk sama-sama menerajui Casuweth Empire dan kerajaan Eriutophia."

"Tapi, tuanku cintakan kau."

"Cinta? Dia menyesal kenal aku. Inikan pula rasa cinta. Memang tak lah."

"Lelaki dengan ego ialah sahabat baik."

"Kau pun lelaki."

Sky mencubit pipi Eclipse geram. "Jangan samakan aku dengan tuanku. Aku kalau ada perempuan yang aku sayang. Aku akan jaga dia baik-baik."

"Mulut pandai mengukir janji tapi tidak pandai menepati. Biar kata yang keluar dari bibir nanti depan perempuan kesayangan kau semuanya kenyataan belaka." Eclipse tidak mahu gadis di luar sana merasai apa yang di hadapi sekarang ni. Kerana dia pun masih mencekalkan hati untuk menempuh dugaan ini.

"Kau rehat. Aku dah minta Poppy dan Wasabi gantikan kau hari ni."

"Sky..."

"Rehat, Eclipse."

"Fine. Hari ni je. Terima kasih tau."

"No problem, sis. Aku gerak dulu. Kalau ada apa-apa panggil Tiger atau Ripley. Ni earplug Shadow Squad."

"Aku tak boleh-"

"Eclipse, kami ada untuk kau."

"Thanks again, bro."

"Moon, sini." Sky memanggil Moon yang sedang baring.

Eclipse baring atas badan serigala yang berbulu lembut itu. Tidak sampai beberapa minit matanya terpejam lena. Sky terus keluar dari bilik Eclipse memberikan ruang kepada gadis itu untuk berehat.

"Sky."

"Tuanku." Sky menunduk hormat kepada raja Edmund. Tidak sangka dia akan terserempak dengan lelaki itu. "Kau buat apa dekat bilik Eclipse?"

"Saya ingat nak ajak dia jalan sekali ke bilik puteri Edora. Tapi, Eclipse sakit. Jadi, saya suruh dia rehat sahaja hari ni." Beritahu Sky tidak menyembunyikan apa-apa.

"Dia sakit apa?"

"Eclipse kata dia mungkin salah makan."

"Eh, tuanku nak ke mana?"

"Saya nak masuk tengok dia sendiri. Entah-entah kau sepakat dengan dia." Sky malas nak cakap apa-apa membiarkan sahaja tingkah raja itu. Raja Edmund memulas tombol pintu bilik Eclipse. Lelaki itu melihat Eclipse yang lena diatas Moon. Matanya kalau boleh tak nak larikan pandanga dia menyaksikan pemandangan indah itu.

CINGULAMONIATempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang