"Sudahlah, Ain. Yang pergi tetap pergi," Irfan memujuk adiknya. Airmata terus-menerus berlinangan di pipi Ain tanpa henti. Kini, tiada tempat dia mengadu tentang susahnya setiap hari yang dia lalui. Hari ini, genap 7 hari orang tua kepada dua adik-beradik ini meninggalkan dunia yang fana.
Ain menangis tersedu-sedu. Dilapnya airmata dengan kedua-dua tangannya. Mata Ain begitu merah dan bengkak di mata mula kelihatan kerana terlalu banyak sangat dia menangis. Dia mula berasa marah. Dadanya turun naik tanpa henti.
Daing Nurfarahin menoleh ke arah abangnya, Daing Izz Irfan. Matanya tajam memandang si abang. "Senanglah abang cakap! Abang kerja pagi lepas tu balik tidur! Rumah ni cuma tempat abang tidur! Abang tak pernah nak luangkan masa abang dengan mak atau ayah!"
Tangan Irfan menjadi sejuk. Dia hanya mampu terkedu berdiri. Hatinya terasa sebak. Irfan bersandar di dinding yang bersebelahan dengan katil adiknya. Esakan Irfan mula kedengaran. Ain menjeling apabila melihat airmata Irfan yang mengalir daripada kelopak mata milik abangnya.
"Sudahlah, bang. Tak guna abang nak menyesal. Ain nak abang keluar daripada bilik Ain sekarang. Keluar, keluar!" Ain menarik tubuh si abang dan menolak abangnya keluar daripada kamarnya lalu menghempas pintu kamar dan mengunci pintu tersebut.
Irfan terduduk di atas lantai manakala Ain duduk tersandar di sebalik pintu yang berwarna putih itu. Esakan Ain yang semakin kuat membuat Irfan semakin sebak. Shahril, sahabat Ain, menepuk bahu Irfan.
"Bang, biar Shah pujuk dia. Abang rehatlah. Shah dah kemas semuanya," suara serak Shahril kedengaran. Dia juga turut berasa sedih dengan apa yang terjadi. Mak dan ayah Ain sudah seperti mak dan ayahnya. Shahlah yang mengambil alih tugas sebagai anak lelaki apabila Irfan selalu sibuk bekerja.
Shahril membantu Irfan untuk bangkit menuju ke kamar lalu mengetuk pintu kamar Ain. "Ain, buka pintu ni. Shah ni."
Ain bangun daripada posisinya lalu mengulas tombol pintu apabila mendengar suara sahabatnya. Apabila wajah Shahril jelas ada di hadapannya, dia terus menyembamkan wajahnya ke dada Shahril sambil teresak-esak. Shahril hanya mampu menepuk bahu Ain, memberinya semangat.
"Aku janji dengan kau, Ain. Aku akan ada di sisi kau bila-bila masa sekalipun," ujar Shahril, menenangkan diri Ain.
YOU ARE READING
Lerai Genggamanku
RomanceKisah ini tentang dua sahabat yang sudah lama berkawan sejak kecil. Semuanya berubah ketika mereka di sekolah menengah. Hubungan Shah dan Ain mula renggang apabila Aainaa dan Sufi mula merapatkan diri dengan mereka. Ain sedih dengan perubahan Shah...