Bab 6

187 4 0
                                    

Suasana sunyi menyelubungi di ruang makan. Ain duduk bersebelahan dengan Shahril manakala Syafiq duduk bertentangan dengan Ain. Masing-masing menjamu selera dan tidak berbual.

Ain mengeluarkan telefon bimbitnya dan membuka lelaman twitter untuk mengusir perasaan janggal. Shahril makan dengan penuh selera. Lauk-pauk yang dimasak Ain kelihatan begitu menyelerakan walaupun yang ada di atas meja hanyalah telur dadar, sambal tumis sotong dan juga sup bayam. Syafiq pula memerhatikan Ain sambil menyuapkan nasi ke dalam mulutnya dengan perlahan.

Jadi.. Inilah Shahril. Muka boleh tahan. Walaupun dia tak setinggi lelaki-lelaki lain, janji okeylah dia lebih tinggi daripada Ain. Selera betul kau makan ehk, Shahril. Untunglah kau.. Dapat rasa masakan Ain selalu. Syafiq mengeluh.

"Ain, makan tak baik main telefon tu. Rezeki depan mata tau. Ain macam tak hormat rezeki. Hah Shahril, makan tu perlahanlah sikit. Rezeki kat depan mata tak lari," Syafiq membuka bicara untuk menghilangkan suasana janggal.

Ain dan Shahril menukar pandangan sambil tersengih. Shahril dan Ain sememangnya malas mendengar kata-kata Syafiq. Si Syafiq ni pula sambung berbual. "Sedap betul Ain masak. Sambal tumis sotong Ain ni sedap sangat. Ain ni macam tau aje abang teringin nak makan lauk ni."

"Abang Fiq, depan rezeki tak baik berbual."

Jawapan Ain membuatkan Syafiq terdiam sementara Shahril pula tersedak kerana jawapan Ain terlalu kelakar kerana sepertinya ingin mendiamkan Syafiq. Syafiq, Syafiq...    

Lerai GenggamankuWhere stories live. Discover now