"Woi, lembab sak korang dua! Nenek aku jalan lagi cepat tau!" Jerit Hafiz yang sedang menunggu Ain dan Sufi yang sedang berjalan bersama basikal mereka bagai itik pulang petang.
Jam sudah menunjukkan pada pukul lapan pagi. Rancangan Hafiz, Zul, Sufi dan Ain adalah berbasikal di Taman Pasir Ris. Hafiz dan Zul sudah siap berpakaian sukan dan basikal mereka.
Angin pagi sepoi-sepoi bahasa. Tidak ada ramai pengunjung ketika itu. Apabila Ain dan Sufi tiba di samping Hafiz dan Zul, Hafiz dan Zul mula mengusik dua merpati sejoli yang sedang hangat bercinta.
"Amboi, Ain! Kasut sepasang dengan Sufi seh. Aisehmen... Zul... Aku pun nak pakai kasut sepasang dengan kaulah," suara Hafiz dengan manja sambil mengelus dada Zul dengan telunjuk jarinya serta memuncungkan bibirnya.
Zul yang terkejut dengan aksi Hafiz langsung menolak Hafiz jauh daripadanya. "Siak!!! Kau jangan buat gitu lagi sak, Fiz. Bulu roma aku naik siot. Bukan setakat bulu roma, bulu ketiak aku ni pun tegang aje!"
Mereka berempat meletus ketawa besar. Sufi tidak lekang daripada memandang Ain yang manis berhijab walaupun berpakaian sukan. Pashmina yang berwarna putih itu menampakkan wajah Ain lebih berseri.
Selepas puas ketawa, mereka berempat berbasikal di Taman Pasir Ris selama dua jam lebih. 'Nasib akulah rapat dengan budak-budak bola yang kuat stamina...' desis hati Ain.
YOU ARE READING
Lerai Genggamanku
RomanceKisah ini tentang dua sahabat yang sudah lama berkawan sejak kecil. Semuanya berubah ketika mereka di sekolah menengah. Hubungan Shah dan Ain mula renggang apabila Aainaa dan Sufi mula merapatkan diri dengan mereka. Ain sedih dengan perubahan Shah...