Bab 51

238 6 1
                                    

Penampilan Ain kelihatan sangat ringkas, tetapi cantik sekali. Dia memakai ayesha lace maxi dress berwarna biru terang bersama tudung chiffon berwarna biru gelap. Akan tetapi, tiada seri di wajah Ain. Dia seperti tidak bermaya.

Pintu bilik dikuak dari luar. Ain menoleh ke arah pintu tersebut. Dilihatnya Puan Insyira, Shahril dan juga abangnya berada di hadapannya. Walaubagaimanapun, Puan Insyira, Shahril dan Irfan disalam dengan penuh hormat. Mata Ain tidak sedetik pun bertemu dengan mata Shahril.

"Kalau Ain dah kemas, kita boleh balik sekarang." Puan Insyira menceriakan suaranya.

Ain faham bahawa buat masa ini dia masih lagi isteri kepada Shahril. Hatinya lega kerana setidak-tidaknya, dia tidak akan pulang ke rumah yang bawa banyak kenangan pahit di dalam hidupnya.

Sepanjang perjalan ke rumah mertuanya, Ain memeluk lengan abangnya dengan erat, disandarkan kepalanya ke lengan abangnya. Ain ingin Irfan tahu bahawa dia tidak suka dengan apa yang harus dia jalani sekarang.

Irfan berasa sedikit kurang senang. Dia dapat merasakan apa yang adiknya berasa, tetapi dia tidak boleh bertindak mengikut perasaan. Apa yang boleh dilakukannya hanya dengan mengusap jari-jemari adiknya untuk menenangkan diri.

Shahril yang sedang memandu di hadapan mencuri-curi pandangan. Matanya asyik ingin melihat wajah yang kurang senang Ain. Tiada senyuman langsung yang dilemparkan untuk dirinya. Dia hanya mampu memandu dalam keadaan resah.

Puan Insyira pula hanya mampu mengelengkan kepalanya sekali-sekala apabila dia menangkap anak bongsunya mencuri-curi pandangan menantunya. Puan Insyira melemparkan pandangannya ke belakang sebentar. Dilihatnya Ain hanya berdiam diri sambil menunduk bersama wajah yang hilang sudah serinya.

Akhirnya, mereka tiba di rumah keluarga Shahril. Puan Insyira tidak berlengah-lengah lagi. Dia terus memberi salam dan masuk ke dalam rumah sambil mengusap punggung yang berasa sakit. Sebaik sahaja Ain dan Irfan keluar dari kereta milik Shahril, barulah Shahril ikut keluar.

Shahril mengikut langkah berat Ain dari belakang. Walaubagaimanapun, dia rasa bersyukur kerana Ain tidak memberontak apabila diajak pulang ke rumah. Wajah Ain yang tiada senyuman membuatkan hati Shahril walang. Ingin sahaja dia memeluk tubuh kecil yang berada di hadapannya.

Lerai GenggamankuWhere stories live. Discover now