Bab 11

142 3 0
                                    

"Siak ahh kau, Sufi. Sudah-sudahlah tu kacau si Ain. Aku tengok si Ain makin benci tengok muka kau," Zul mencapai bantal panjang Sufi dan memeluknya di atas katil. 'Empuknya katil kau, Sufi...'

"Mana ada aku kacau dia," Sufi berbaring di sofa yang berdekatan dengan katilnya sambil memandang siling.

Zul bangun dan duduk bersila. Dia mencampakkan batang panjang tersebut ke arah Sufi. Campakan Zul terlalu kuat sehinggakan Sufi mengerang kesakitan. "Mana ada kepala otak kau. Yang kau sengaja keluarkan segala benda yang ada dalam kotak pensil dia tu apa kes? Hari-hari pula tu. Kalau kau suka dia, bukan begitu caranya."

Sufi pun bertukar posisi dan duduk bertentangan dengan Zul. Dia menyerahkan bantal panjangnya dan meletakkannya di atas katil. "Abeh kau nak aku buat cara apa lagi? Daripada dulu lagi, aku dah wujudkan diri aku depan dia macam tu."

"Kita ni dah nak periksa besar. Lepas ni dah tak ada jumpa-jumpa lagi. Apa kata kau tunjuk diri kau sebenar," Zul memberi nasihat kepada Sufi.

Rupa-rupanya, semenjak menengah satu lagi Sufi menaruh perasaan terhadap Ain. Akan tetapi, dia tidak tahu mengapa dia harus menjadi musuh Ain untuk mendapatkan perhatian.

"Tolong akulah, beri cadangan."

Zul menunjukkan tarikh esok di kalender milik Sufi yang terpapar besar di dinding. Di saat itu, hanya bibir yang lebar dapat menggambarkan perasaan mereka berdua.

Malam sunyi. Gelap tanpa bulan, tanpa bintang dan hujan turun renyai-renyai membasahi bumi. Dingin dan dingin sekali. Selesai solat isyak, Ain sudah membuat keputusan untuk memohon maaf dengan abangnya, Daing Izz Irfan.

Ain melangkah masuk kamar Irfan yang sudah terbuka luas. Dia melihat si abang sedang duduk di atas katil sambil menatap gambar kedua orang tuanya membelakanginya dan Syafiq sedang mengusap bahu Irfan, memberinya semangat. Irfan dan Syafiq memusingkan badan sebaik sahaja mereka terdengar suara Ain. "Abang..."

"Ain belum tidur lagi?" Soal Irfan.

Ain tidak menghiraukan soalan Irfan. Sebaliknya, dia berlari ke pelukan si abang sambil teresak-esak. "Adik mintak maaf, bang. Adik terlalu ikutkan emosi. Adik rindukan abang. Adik rindu bila kita bergurau senda. Adik tak nak kehilangan abang."

'Ya Allah, alhamdulillah!' Desis hati Irfan. Dia mengeratkan pelukan adiknya. "Abang pun rindukan adik. Tajam jugak kata-kata adik abang ni."

Akhirnya, dua adik-beradik sudah berbaik semula. Pada ketika itu, Syafiq pula bersuara. "Aku pun nak peluk.."

"Meh sini aku peluk kau!" Irfan mendepakan tangan kanannya.

"Ish, peluk kau buat apa? Aku nak Ain yang depakan tangan," suara Syafiq tersengih-sengih.

Kedua-dua adik-beradik itu menunjukkan penumbuk dengan tangan kanan mereka. Letusan tawa memecah suasana yang sayu dan sepi. Hujan malam ini membawa rahmat, membawa pergi memori duka yang ada.

Lerai GenggamankuWhere stories live. Discover now