Bab 43

211 5 0
                                    

"Adik... Jangan buat isteri macam tu, adik.." Encik Ismail cuba menarik bahu Shahril, tetapi Shahril dengan pantas menghempas and mengunci pintu bilik utamanya setelah menolak tubuh Ain yang lemah sehingga menyembah lantai.

"Ampun, Shah... Ampun.." Suara lemah Ain yang teresak-esak tidak sedikit pun memberi kesan kepada Shahril. Ditamparnya pipi Ain berkali-kali sehingga merah lalu ditariknya rambut panjang Ain yang diikat satu, menyeret tubuh Ain hingga dahi Ain terhentak dinding.

Bendungan airmata Ain pecah. Berkaca-kaca linangan air jernih gugur dari sudut kelopak mata. Suara batinnya menggelepar. Pada saat ini, dunia seolah-olah diserang gempa raya yang maha dahsyat menggongcangkan perasaan dua sahabat itu.

"What a perfect timing! Kau yang call dorang?!" Tengking Shahril. Shahril belum berasa puas lagi. Amarahnya masih ada. Shahril mengeluarkan tali pinggangnya daripada almarinya lalu menyebat tubuh Ain yang tidak berdaya lagi untuk melayan dengan tali pinggang tersebut.

Di saat ini, Ain tidak mampu melawan lagi. Dia juga sudah tidak mampu meraung dan meminta belas kasihan Shahril kerana dia sudah tidak larat. Kepalanya mula berasa pening kerana terlalu banyak menangis. Dengan perlahan-lahan, pandangan Ain mula kabur.

Shahril yang sedang menyebat Ain berhenti dengan tindakannya apabila melihat tubuh Ain kaku. Tiada lagi esakan Ain kedengaran. Tubuh Ain tidak bergerak walau sedikit pun. Ketika itu, Luqman dan Irfan berjaya membuka pintu kamar tersebut dengan menendangnya.

Tali pinggang yang berada di dalam genggaman Shahril jatuh. Badannya menjadi beku untuk bergerak. Irfan yang berjaya menceroboh masuk ke dalam bilik itu terus mendapatkan adiknya.

"Adik, bangun, dik! Adik abang, bangun, dik! Dik, bangun, sayang..." Irfan menggoncangkan tubuh Ain beberapa kali namun tiada sembarang tindak balas. Pandangannya beralih ke arah Shahril. Matanya berkaca. Ya, tidak guna dia melepaskan amarahnya kepada orang yang serupa binatang ini. Dengan segera, Irfan mengangkat tubuh Ain lalu membawa pulang ke rumah Puan Insyira dan Encik Ismail.

"Baru ayah tahu betapa bencinya adik dengan Ain. Sampai hati adik. Adik dah lupa ke yang Ain pernah menjadi sahabat adik? Ayah tak sangka anak ayah dah jauh berubah sehinggakan ayah tak dapat gapai anak ayah sendiri," suara Encik Ismail teresak-esak.

Shahril hanya duduk terpaku di birai katilnya. Encik Ismail menyeka airmata yang tidak berhenti-henti mengalir. Dia berasa bahawa dia gagal melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang ayah. Dia berasa bersalah kepada Irfan kerana melibatkan Ain ke dalam kancah penderitaan ini.

Suara lembut Encik Ismail membuatkan Shahril termenung jauh.

Shahril mengeluarkan tali kasut yang berwarna turquoise dan menunjukkannya kepada Ain. "Ta da! Ni untuk kau sempena ulang tahun persahabatan kita."

Tali kasut turquoise itu bertukar tangan. Hati Ain gembira riang. Dibelek-belek tali kasut itu sepuas hatinya. Shahril turut gembira melihat raut wajah Ain yang bersinar. Walaupun ia murah, Ain tetap menghargainya. "Hadiah aku pula?"

Ain mengeluarkan tali kasut yang berwarna merah daripada beg sekolahnya dan memberi kepada Shahril. Dia masih belum puas-puas membelek tali kasut yang Shahril hadiahkan itu. Inilah pemberian Shahril yang pertama. Akan dia hargainya seumur hidup!

"Wah, merah seh! Tak sangka kau pun pilih tali kasut. Ni baru panggil sahabat!" Suara ceria Shahril membuat hati Ain semakin riang.

"Baiklah, kalau adik betul-betul sayangkan Aainaa, ayah izinkan adik kahwin dengan dia tetapi adik kena ceraikan Ain," kata-kata Encik Ismail mematikan lamunan Shahril. Akhirnya, Encik Ismail meninggalkan kamar Shahril.

Entah kenapa, minda Shahril terus mengelamun ke masa apabila kedua orang tua Ain baru sahaja meninggal dunia sepuluh tahun yang lalu.

Ain bangun daripada posisinya lalu mengulas tombol pintu apabila mendengar suara sahabatnya. Apabila wajah Shahril jelas ada di hadapannya, dia terus menyembamkan wajahnya ke dada Shahril sambil teresak-esak. Shahril hanya mampu menepuk bahu Ain, memberinya semangat.

"Aku janji dengan kau, Ain. Aku akan ada di sisi kau bila-bila masa sekali pun," ujar Shahril, menenangkan diri Ain.

Kini, pandangan Shahril beralih kepada dinding putih yang masih ada kesan darah. 'Apa yang aku dah buat ni?' desis hatinya.

Lerai GenggamankuWhere stories live. Discover now