Langkah demi langkah Shahril teruskan menuju ke wad Ain. Hatinya berdebar. Terasa apa yang akan dialaminya genting dan mengerikan. Langkahnya mati. Dia hanya perlu mengulas tombol pintu bilik wad Ain untuk bertemu dengan sang isteri.
Debar jantungnya memukul dada apabila melihat abang iparnya membuka pintu bilik tersebut. Mata abang iparnya hanya dipenuhi dengan kekecewaan. Tiada langsung amarah di mata Irfan. Irfan menutup semula pintu tersebut.
"Abang nak bercakap dengan kau," suara Irfan dengan tenang sambil mengusap bahu Shahril.
Mereka berdua pun masuk ke restoran yang berhampiran dengan hospital tersebut. Sebaik sahaja minuman yang dipesan tiba, mereka berdua memulakan perbualan mereka.
"Shah mohon ampun, bang. Shah tahu Shah salah. Shah tak patut buat Ain macam tu," hati Shahril menggigil ketakutan.
Wajah tenang Irfan menambahkan lagi ketakutan di hati Shahril. Segaris senyuman yang ikhlas dipamerkan Irfan. "Sudahlah, Shah. Mana ada manusia yang sempurna, kan? Abang cuma terkilan dengan sikap Shah. Beginilah, biar abang berterus terang. Selama ni, abang dah tersilap langkah. Abang dah buat salah dengan Ain. Dan sekarang, abang nak memperbetulkan kesilapan abang. Shah, abang mohon.. Tolong lepaskan Ain?"
Segugus debaran menggoncang dada Shahril. Mukanya pucat lesi bagaikan ditoreh tiada berdarah. Lututnya lemah dan tangannya terkulai. Mulut Shahril terkunci, hati terkatup dan tenggelam dalam kepiluan. Harapannya jatuh berderai umpama jutaan debu yang berkeliaran.
"Ta-Tapi.. Shah sayangkan Ain. Shah tak nak lepaskan dia. A-Ain yang mintak ke? Abang, tolong, bang. Shah rayu dengan abang. Pujuk Ain, bang. Beri Shah peluang kedua. Demi Allah, Shah tak akan sia-siakan dia," Shahril menggenggam kedua-dua tangan Irfan.
Wajah Irfan berkerut. Rasa bersalah menyelubungi dirinya.
YOU ARE READING
Lerai Genggamanku
RomanceKisah ini tentang dua sahabat yang sudah lama berkawan sejak kecil. Semuanya berubah ketika mereka di sekolah menengah. Hubungan Shah dan Ain mula renggang apabila Aainaa dan Sufi mula merapatkan diri dengan mereka. Ain sedih dengan perubahan Shah...