Minuman Irfan dan Syafiq telah pun tiba. Espresso untuk Irfan manakala Pure Double Chocolate untuk Syafiq. Mereka berdua pun melegakan tekak mereka yang kering setelah beberapa jam bekerja keras di pejabat.
Suasana di pusat membeli-belah Causeway Point hari ini tidaklah begitu bising memandangkan hari ini adalah hari Isnin. Irfan dan Syafiq berehat di Coffee Bean sementara menunggu seseorang.
Irfan memandang sahabatnya sambil tersengih-sengih. Dia melihat pakaian yang dipakai Syafiq. Rasa-rasanya, dia ingat bahawa pakaian inilah yang adiknya pilih untuk sahabatnya semasa mereka bertiga bersama-sama membeli-belah beberapa hari lalu.
Kemeja biru gelap yang berlengan panjang bersama seluar hitam serta tali pinggang Guess membuatkan Syafiq kelihatan segak sekali. Irfan memerhatikan wanita-wanita di sekelilingnya asyik mencuri pandangan ke arah sahabatnya ini.
"Asal kau ni? Angau ke apa? Tersengih-sengih macam kerang busuk," tegur Syafiq lalu menyandarkan tubuhnya ke belakang sambil memeluk tubuhnya. 'Bila masanya kawan aku ni bercinta? Aku berkepit dengan dia 24 jam kot. Tak kan aku tak perasan kalau dia dah ada kekasih hati?'
"Taklah, Fiq. Aku cuma fikir. Kau ni boleh tahan handsome ehk?" Ayat terakhir Irfan membuatkan bulu roma Syafiq meremang. 'Eh, eh mamat ni. Ni kenapa puji aku? Hhmm.. Layankan ajelah. Agaknya dia dah penat sangat sampai kepala otak dia dah tak betul..'
"Kau baru tahu ke? Hhhmm.. Anugerah Allah, Fan."
Di saat itu, Luqman tiba. Irfan dan Syafiq pun bersalaman dengan Luqman yang baru sahaja melabuhkan punggung di atas kerusi bersebelahan dengan Irfan.
"Apa yang kau nak berbual dengan aku tentang Ain?" Soal Irfan dengan bingung kerana dia dan Luqman tidaklah begitu rapat.
"Aku perlu sangat bantuan kau," suara Luqman sambil menunduk. Irfan meneliti raut wajah Luqman yang kelihatan begitu bingung.
Irfan mengusap bahu Luqman. "In shaa Allah, aku boleh bantu. Cuba kau ceritakan semuanya dulu."
"Abang nak Ain nikah dengan Shah," suara Irfan dengan tegas. Dia berdiri di ruang tamu sambil memeluk tubuhnya. Badannya berlawan dengan si adik.
Ain terkejut dengan apa yang baru dikatakan oleh abangnya. 'Shah? Kenapa tiba-tiba ni?' Ain menoleh pandangannya ke arah Syafiq yang duduk di hujung sofanya sebelah kiri. Dia mengharap sekali Syafiq boleh meleraikan kebingungannya ini. Akan tetapi, Syafiq sepertinya tidak mahu memandangnya. Pandangan Syafiq hanya pada lantai.
"Kenapa tiba-tiba? Abang tahu tak, Ain dengan Shah dah tak rapat lagi. Furthermore, abang kan tahu yang hati Ain dah mula sayang dekat Sufi. Kenapa, bang?" Soal Ain bertubi-tubi, bangkit lalu memusingkan tubuh si abang agar si abang memandangnya.
Irfan menarik lengan adiknya lalu kembali ke sofa. "Adik tahu kan yang abang sayangkan adik?"
Mata redup Irfan bertemu dengan mata Ain yang penuh dengan kekeliruan. Walaupun Ain di dalam keadaan yang bingung, dia mengangguk, menjawab soalan si abang.
YOU ARE READING
Lerai Genggamanku
RomanceKisah ini tentang dua sahabat yang sudah lama berkawan sejak kecil. Semuanya berubah ketika mereka di sekolah menengah. Hubungan Shah dan Ain mula renggang apabila Aainaa dan Sufi mula merapatkan diri dengan mereka. Ain sedih dengan perubahan Shah...