"Sudah-sudahlah tu, makanlah nasi. Nasi jadi sejuk nanti," suara Sufi.
Ain termenung. Walaupun begitu banyak lauk yang sudah terhidang, seleranya patah. Sesudah menonton tadi, Sufi terus mengajak Ain makan malam di Chicken Rice Shop, Causeway Point. Ain hanya menurut langkah dan tidak bersuara. Dia masih tidak menyangka bahawa Shahril sudah jauh berubah.
Mata Ain dan Sufi bertemu. Sufi terkedu, saluran elektrik mengalir ke tubuhnya di saat matanya bertemu dengan mata Ain yang sayu itu.
"Macam mana kau boleh ada dekat sini?" Tanya Ain. Kini, pandangan Ain menjadi tajam.
"Sufi..." Tidak tergagah lidah Sufi untuk menyempurnakan ayatnya.
Ain mencapai sudu dan garpunya. "Sudahlah, benda dah jadi pun. Makanlah."
Sufi hanya mampu mengangguk dengan kata-kata Ain. Mereka berdua pun mula menjamu selera. Entah kenapa, Ain berasa sangat kekok ketika itu. Sufi pula berasa bahagia sangat. Senyuman di bibir Sufi tidak pernah pudar.
"Asal kau senyum-senyum? Sukalah tu bila Shahril buat aku macam tu," Ain sakit hati dengan senyuman yang terukir di bibir Sufi. 'Aku dah agak dah si Sufi ni.. Tak habis-habis sakitkan hati aku!'
Dicapainya minuman dan menghirupnya sebelum menjawab. "Salah. Sufi cuma rasa pelik. Yelah, kita ni kan macam musuh. Tiba-tiba boleh tengok wayang sama-sama and sekarang kita makan di meja yang sama."
"Kita kawan?" Suara lunak Sufi memukul gendang telinga Ain. Kata-kata Sufi tadi bagaikan ledakan bom yang memecah angkasa. Ain mengangguk. Anggukan itu ternyata menghadirkan kuntum kegembiraan di hati Sufi, sekaligus menghalau debaran yang memukul dada.
YOU ARE READING
Lerai Genggamanku
RomanceKisah ini tentang dua sahabat yang sudah lama berkawan sejak kecil. Semuanya berubah ketika mereka di sekolah menengah. Hubungan Shah dan Ain mula renggang apabila Aainaa dan Sufi mula merapatkan diri dengan mereka. Ain sedih dengan perubahan Shah...