Bab 2

276 4 0
                                    

Irfan terkejut dengan loceng jam yang berhampiran dengannya. Matanya terkebil-kebil memandang jarum jam yang telah menandakan hampir pukul enam pagi. Irfan menggagahkan diri untuk bangun lalu menyiapkan diri untuk solat subuh.


Usai solat subuh 2 rakaat, Irfan menadahkan tangan, memohon agar diampunkan segala dosanya. Setitis airmata jatuh ke tapak tangan. Dia meraup mukanya. Irfan tahu dia harus kuat. Pada saat ini, dialah ketua keluarga.


Sesudah Irfan meletakkan songkok dan sejadahnya di atas katil, dia menuju ke kamar adiknya. Niatnya ingin mengejutkan si adik untuk menunaikan solat subuh, namun sinar cahaya yang menerangi kamar adiknya menunjukkan bahawa Ain sudah pun bangun. Irfan pun menghampiri kamar si adik yang terbuka sedikit.


Alunan ayat-ayat daripada surah Yaa-siin dibaca dengan penuh khusyuk dan merdu oleh si adik. Sesekali, Irfan terdengar esakan Ain. Ingin sekali dia mendakap adiknya dan memberitahu si adik bahawa dia akan berada di sisi Ain. Irfan meneliti kamar Ain.


Perasaan sayu bergayut di hatinya apabila dinding kamar Ain dipenuhi dengan bingkai-bingkai gambar mak dan ayahnya. Yang membuat Irfan begitu sedih apabila dia tidak ada di dalam gambar-gambar tersebut. Apa yang diperhatikannya adalah gambar-gambar itu seperti sempurna dengan kehadiran Shahril dan Ain. Ya Allah, aku dah ketepikan keluarga aku selama ini.


"Abang? Buat apa dekat sini? Tak ada kerja?" Suara lembut Ain menghentikan lamunan Irfan kepada gambar-gambar yang terhias cantik di dinding kamar Ain. Ain tahu, walau bagaimana pun, Irfan tetap abangnya. Dia cuma sedikit kesal dengan sikap Irfan sejak dia mula bekerja dua tahun lalu kerana perhatian si abang sudah beralih.


"O-ohh, abang ingat nak kejutkan Ain untuk solat subuh. Tak tahu pula yang Ain dah bangun," jawab Irfan dengan jujur. Sebetulnya, hati Irfan berdebar kerana risau jika si adik masih marah dengannya.

Ain hanya mengangguk. Dibuka telekung dan melimpatkannya lalu menyimpan di dalam robok bersama sejadahnya. Kalau nak tahu, Ain ini kemas dan rapi orangnya. Ain menarik lalu menghela nafasnya. Dia sudah kehilangan mak dan ayahnya. Dia tidak mahu kehilangan abangnya pula.


"Abang nak sarapan apa? Ain nak masak," beritahu Ain yang sedang merapikan katilnya kini.


Jelas sekali sinar gembira mengerlip di mata Irfan. Hatinya melonjak gembira mendengar apa yang ditanya oleh si adik. "Abang teringin nak makan mee goreng. Ain boleh masakkan?"


Ain berlalu ke ruang dapur. Si abang pun mengikut langkah si adik, tetapi langkah si abang terkedu apabila adiknya bersuara. "Mak dulu tiap-tiap hari sarapan masak mee goreng tapi abang tak pandang pun, terus keluar pergi kerja." 

Lerai GenggamankuWhere stories live. Discover now