Bab 20

169 4 0
                                    

Semua orang sedang menjamu selera dengan piza-piza yang dibeli Cikgu Ahmad. Jam tangan jenama Adidas Sufi yang berwarna hitam menunjukkan pukul sebelas malam. Dia melihat Ain sedang duduk di luar khemahnya sambil memandang ke arah laut.

"Eh, Ain sorang tu. Pergilah," bahu Hafiz bergeseh dengan bahu Sufi. Sufi tersengih-sengih dengan senyuman nakal Hafiz.

Setapak demi setapak Sufi melangkah. Apabila jarak antara Ain dan dia semakin hampir, debaran di dada Sufi semakin kuat. Angin laut yang sepoi-sepoi bahasa membuatkan Ain berasa sejuk. Dicapainya jaket hadiah pemberian Sufi.

Sufi melabuhkan punggung di sebelah Ain. Suara Sufi mematikan lamunan Ain. "Anak dara tak baik berangan tau."

Ain hanya mampu tersenyum hambar.

"Ain, tunggu Sufi? In shaa Allah, lepas Sufi dah habis belajar, dah habis NS, dan ada kerja tetap, Sufi akan ambil Ain sebagai permaisuri di hati Sufi." Dengan pemandangan dan suasana yang cukup tenang, Sufi mengumpulkan semangatnya dan meluahkan apa yang tersirat di dalam hatinya.

Muka Ain berasa bahang sekali. Kini, dia hanya mampu menunduk. Terasa mukanya tebal sekali. Inilah kali pertama seseorang lelaki meluahkan perasaan cinta kepada dirinya. Bukan lelaki sembarangan! Lelaki inilah yang sering sahaja mengusiknya! Lelaki yang pernah dianggap musuh! Dan kini, lelaki yang berjaya mencuri hatinya.

"E-Erm. Terimah kasih sebab tolong Ain bina khemah untuk Ain dan Aainaa tadi petang." Hanya itu sahaja yang terlintas di fikiran Ain.

"Ain tak kisah satu khemah dengan Aainaa ke? Sufi tahu apa yang Ain rasa. Sufi faham sangat keadaan Ain dan Shahril bersama Aainaa tu." Nasib baik Ain membawa naik topik tu. Bukan apa, mestilah si Sufi bimbangkan buah hatinya itu.

Sufi kenal sangat dengan si Aainaa tu. Yalah, kalau setakat gedik, tidaklah Sufi kisah sangat. Akan tetapi, dia sudah lama memerhatikan Aainaa. Aainaa adalah seseorang yang suka menabur fitnah, seseorang yang talam dua muka!

Ain mengerutkan dahinya."Abeh? Tak kan Ain nak tidur dalam satu tent dengan Sufi pula?"

"Well, why not?" Jawab Sufi dengan selamba.

Di saat Ain mengangkat tangan kanannya dan ingin mengeseh kepala Sufi, Sufi menjarakkan tempat duduk mereka berdua sambil ketawa kecil. Dia tahu, Ain malu bila diusik begitu. Sufi meninggalkan tempat duduknya dan kembali semula sesudah mencapai gitar putihnya.

Pada malam itu, Ain mendengar Sufi bernyanyi sambil memetik gitar. Tanpa mereka sedari, mereka sudah terlena di bahu antara satu sama lain.    

Lerai GenggamankuWhere stories live. Discover now