10 Tahun kemudian...
"Muhammad Nur Shahril Iskandar! Kamu tahu ke tidak sekarang sudah pukul tiga pagi?! Kamu ke mana?!" Tengking Encik Ismail sambil meletakkan kedua-dua tangannya di pinggang apabila melihat Shahril baru sahaja menutup pintu rumah dan berlalu di ruang tamu.
Langkah Shahril terhenti. Suara lantang ayahnya membuatnya terkejut. Encik Ismail menuju ke arah Shahril sambil memerhatikan keadaan si anak. Rambut Shahril yang mempunyai potongan David Beckham's modern slick-back kelihatan sedikit tidak terurus. Kemeja hitam yang berlengan panjang dilipat hingga ke paras lengan dan kelihatan ronyok sekali.
"Ayah nak adik jawab soalan ayah. Adik buat apa dekat hotel Marina Bay Sands? Siapa perempuan yang adik selalu bawa ke hulur ke hilir?! Jawab adik, jawab!" Suara tegas Encik Ismail membuat hati Shahril rasa tersentuh. Walaupun nada ayahnya tegas, Shahril dapat merasakan perasaan sayu dalam nada tersebut.
Kepala Shahril menunduk. Dia malu untuk berhadapan dengan ayahnya. "Aainaa.. Nama dia Aainaa.." Dan selebihnya, Shahril tidak berani bersuara. Dia rasa malu dengan ayahnya. Dia berasa diri dia sangat jijik. Dia sudah mengecewakan keluarganya. Shahril tahu, pasti ayahnya berasa sangat kecewa jika mendapat tahu dia sudah terlanjur dengan Aainaa. Cara hidupnya terlalu bebas.
"Ayah percayakan adik. Ayah percayakan anak-anak ayah. Shahril tak akan buat benda yang tak senonoh dengan perempuan yang bukan halal, kan? Dekat hotel pun ada restoran. Ayah akan sentiasa bersangka baik terhadap anak-anak ayah. Tapi, tolong jangan balik lewat lagi. Ayah risau, ibu pun risau." Kini, suara Encik Ismail terasa sangat sayu. Dia mahu Shahril tahu bahawa dia amat mempercayai Shahril.
Apabila Encik Ismail berasa dia sudah sampaikan apa yang ingin dia sampaikan, dia mendaki tangga untuk ke kamar dan tidur semula. Dada Shahril berasa sesak. Dia meraup mukanya hingga ke rambutnya. Dengan lemah, Shahril mula mendaki tangga ke kamarnya sambil membuka butang-butang di kemejanya.
YOU ARE READING
Lerai Genggamanku
RomanceKisah ini tentang dua sahabat yang sudah lama berkawan sejak kecil. Semuanya berubah ketika mereka di sekolah menengah. Hubungan Shah dan Ain mula renggang apabila Aainaa dan Sufi mula merapatkan diri dengan mereka. Ain sedih dengan perubahan Shah...