Bab 29

136 2 0
                                    

"Sufi, do something! Tak kan Sufi nak Ain kahwin dengan Shah?" Suara lantang Ain membuatkan Sufi bertambah sebak. Ain duduk bertentangan Sufi di bawah blok Sufi. Dilihatnya Sufi hanya menunduk dan tidak bersuara. Ain faham apa yang Sufi rasakan. Perasaan mereka sama.

Sufi hanya mampu berdiam diri. Ya, ini kerana dia tahu perkara sebenarnya. Irfan sudah menghubunginya. Pada mulanya, dia marah. Dia risau andai Ain akan menderita. Akan tetapi, sebagai orang Islam, dia juga berasa bertanggungjawab. Dia mencuri pandangan.

Airmata Ain perlahan-lahan menitis. Mata Ain berkaca. Esakan Ain yang perlahan membuatkan hati Sufi dicucuk duri. Ingin sekali dia menyeka airmata itu. Dia tidak mahu melihat Ain menangis. Mata Sufi mula berkaca.

"Ain kecewa dengan Sufi. Nampaknya, Sufi taklah sayang sangat dengan Ain. Sufi tak mahu pun berjuang untuk Ain. Ain dah serahkan hati Ain pada orang yang salah. Ain benci Sufi," suara Ain dalam sebak lalu meninggalkan Sufi bersendirian di bawah kolong blok.

"Sufi, kenapa ni? Kenapa anak umi ni menangis? Gaduh dengan Ain ke?" Puan Miza mengusap rambut Sufi. Sufi bangkit daripada katilnya lalu mendakap Puan Miza yang duduk di sofa yang berdekatan dengan katilnya.

Pelukan Sufi semakin erat. "Salah adik, umi. Salah adik."

Puan Miza meleraikan dakapan si anak. Dia menyeka airmata Sufi dengan tangannya. Tersentuh hatinya melihat anak lelakinya menangis. Ya, Ain sangat bererti di dalam hati Sufi. "Adik... Kalau adik salah, adik minta maaf. In shaa Allah, Ain maafkan anak umi yang kacak ni."

Sufi menggelengkan kepalanya lalu menceritakan perkara yang sebenar.

"Adik tak setuju!!! Kalau ibu dan ayah nak teruskan juga, adik berjanji akan membuat Ain menderita bila dia kahwin dengan adik nanti. Just watch me!!" Jerit Shahril lalu melangkah keluar daripada rumah keluarganya. Dia masuk ke dalam kereta BMW ActiveHybrid 7 miliknya lalu memandu keluar daripada kawasan tersebut.

Lerai GenggamankuWhere stories live. Discover now