Bab 52

236 4 0
                                    

"Shah, perlu ke awak tidur sebilik dengan saya?" Ain duduk di birai katil sesudah membuka hijabnya.

Jam di dinding menunjukkan jam 10 malam. Buat seketika, Shahril terpaku apabila mendengar suara isterinya sebaik sahaja dia menutup pintu bilik mereka. Badannya pusing menghadap isterinya yang memandangnya dengan harapan.

Dilabuhkan punggung di sebelah Ain lalu Shahril membalas pandangan Ain sambil menggenggam tangannya. "Ain, Ain kan isteri abang? Mestilah kita sebilik."

Ain meleraikan genggaman Shahril dengan tangannya yang terketar-ketar. "Ain tak sedia nak sebilik dengan Shah."

Jawapan Ain menikam jantung Shahril sehinggakan dia berlutut di hadapan isterinya. Dipeluk paha dengan erat. Perasaan takut menyelubungi hatinya. "Tak apa, Ain ambillah sebanyak masa yang Ain perlukan. Abang tak kisah. Abang hanya perlukan peluang itu..."

Entah kenapa, rasa kasihan terhadap Shahril berputik dari hati Ain. Sedikit sebanyak, dia rasa berdosa kerana melihat suaminya berlutut di hadapannya. Dilihat, kolam mata Shahril sudah berkaca.

Perasaan berkecamuk di hati Ain manakala jiwa Shahril terhiris dengan kebisuan isterinya. Shahril menguatkan semangatnya lalu bangkit berdiri. "Abang tahu.. Susah untuk Ain beri abang peluang tu, tapi sebelum abang lepaskan tali tu... Kita masih boleh berkawan, kan?"

Mata Shahril merenung sayu wajah Ain. Pedih sungguh hatinya apabila melihat airmata Ain yang sedari tadi bertakung di kelopak mata mula mengalir lesu. Keluhan berat dilepaskan Shahril. Dia mendakap Ain dengan penuh erat. "Sudahlah, Ain. Jangan nangis lagi.. Abang sayang Ain tau.. Dah, dah. At the very least... Kasi abang jaga Ain sampai Ain lepas hari, ya sayang?"

Kata-kata Shahril memukul tangkai hati Ain. Hatinya menangis pilu. Bagaimana harus dia mengubati luka di hatinya? Luka yang dicoret Shahril bukanlah kecil! Sayang? Mestilah dia sayang suaminya, tetapi...

Butir-butir bintang yang menghias dada malam mengerdip cantik. Di langit, bulan tergantung cerah. Syafiq yang baru selesai solat witir menuju ke balkoni biliknya. Baju kurung satin yang berwarna coklat bersama kain pelikat dan songkoknya membuatkan Syafiq kelihatan lebih berkarisma malam itu.

"Subhan'Allah... Tenang betul suasana malam ini, ya Allah." Syafiq memuji ciptaan Allah SWT dengan hati yang lapang. Tubuhnya berpusing ke arah katilnya yang bercadar kelabu terang. Perhatiannya perlahan-lahan beralih ke arah kotak yang berwarna merah jambu.

Lamunan Syafiq terbang pergi mengimbau kenangan lalu.

"Gelang? Ain mana suka pakai gelang-gelang ni semua. Nevermind. Thank you by the way." Diletak kotak tersebut di tepi lalu beredar ke dapur.

Syafiq menggelengkan kepalanya lalu masuk semula ke bilik dan mencapai kotak tersebut. "Astaghfirullah, kenapalah aku bawa balik kotak ni? Syafiq, Syafiq... Kecil hati lepas tu bawa hadiah balik nampak? Aiyoyo.."

Lerai GenggamankuWhere stories live. Discover now