Ain tersadar daripada tidurnya. Badannya berasa sangat lemah. Di saat ini, Ain berasa lemas kerana di dalam dakapan si suami. Dengan perlahan-lahan, Ain memusingkan badannya, bertentangan dengan wajah Shahril. Ditenung wajah Shahril yang kelihatan tenang. 'Ya Allah... Bimbingilah suamiku ini ke jalan yang diredhaiMu..'
Shahril yang sedang diuliti mimpi itu tidak tahu bahawa dirinya sedang diperhatikan oleh si isteri. Dakapan si suami yang erat itu membuatkan jantung si isteri berdegup pantas. Ya, Ain tidak pernah terfikir bahawa dia akan berada di dalam pelukan Shahril. Kalaulah dahulu, pasti Ain berasa gembira. Akan tetapi, pada detik ini, hatinya resah. Fikirannya dipenuhi dengan satu wajah. Syafiq...
"Aduh!!!!" Jerit Syafiq sambil menggenggam jari-jemarinya.
Dahi Ain berkerut kerisauan sementara Irfan tidak menghiraukan taktik Syafiq untuk menarik perhatian Ain. Ain dengan segera mencapai tangan Syafiq dengan penuh perhatian. Bahu Syafiq dipukul apabila melihat tiada kesan luka di jari Syafiq dan Syafiq hanya mampu mengenyitkan mata kanannya.
"Abang, tengoklah Abang Fiq ni!! Main-main pula dia," Ain memuncungkan bibirnya sambil memotong bahan-bahan yang tertinggal."Siang nah you bangun," suara Shahril yang garau itu menghentikan lamunan Ain. Badan Ain kaku. Degupan jantungnya semakin laju. Apabila mata Ain dan Shahril bertemu, Ain hanya mampu menundukkan kepalanya. Pipinya berasa bahang.
'Malu dengan akulah tu.. Hai.. Untungnya aku.. Akulah lelaki pertama yang sentuh dia,' desis hati Shahril. Entah kenapa, dia berasa bangga dengan kenyataan itu. Perasaan bangga itu berasa berbeza walaupun dia juga lelaki yang pertama yang menyentuh Aainaa.
"Ain nak mandi dulu. Subuh nak dekat dah," Ain cuba meleraikan pelukan Shahril, tetapi gagal. Shahril mendakap Ain dengan erat.
"Nantilah..." Shahril mengelus pipi Ain dengan pipinya. Entah kenapa, Shahril tidak mahu melepaskan Ain. Dia berasa selesa bersama Ain di dalam dakapannya dengan berkongsi selimut.
"Abang, jom mandi. Lepas tu kita jemaah. Lepas solat, Ain buatkan Milo panas favourite abang, okey?" Ain cuba memujuk Shahril dengan suara manjanya. Entah kenapa, Ain mula redha dengan perkahwinannya.
Suara Ain yang lembut itu mengusik naluri lelaki Shahril. Dieratkan lagi dakapannya. 'Hai, Ain... Nak goda aku ke apa? Mmm.. Aku dah tergoda pun..'
YOU ARE READING
Lerai Genggamanku
RomanceKisah ini tentang dua sahabat yang sudah lama berkawan sejak kecil. Semuanya berubah ketika mereka di sekolah menengah. Hubungan Shah dan Ain mula renggang apabila Aainaa dan Sufi mula merapatkan diri dengan mereka. Ain sedih dengan perubahan Shah...