Usai solat subuh, Ain menadahkan tangan, memohon diampunkan segala dosanya, suaminya serta keluarga. Airmata yang sedari dari bertakung di kelopak mata kini menitis satu persatu. Ain meraup wajahnya. Dia terkilan dengan sikap Shahril. Dadanya semakin sebak. Apa yang dia lihat di dalam bilik yang sepatutnya dia and si suami diami itu benar-benar melukakan hatinya.
Akhirnya, Ain menyembamkan mukanya ke atas sejadah. "Ya Allah... Tabahkanlah diriku ini... Ya Allah, sekiranya suamiku ini tergoda dengan keindahan ciptaanMu, limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya. Sekiranya suamiku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan, kurniakanlah aku kekuatanMu untuk aku memperbetulkan keadaannya. Ya Allah..."
Di saat airmata Ain mengalir lesu di atas sejadah, mengiringi sendu yang maha perlahan, Shahril bersembunyi di sebalik pintu bilik tetamu tersebut. Shahril memejamkan matanya. Bait doa Ain benar-benar terkesan pada hatinya. Dia benar-benar terpukul.
Tanpa Ain sedari, dia sudah lena di atas sejadah. Ketika itu, Shahril menyuruh Aainaa pulang ke rumah apabila Aainaa sudah sedar daripada lenanya. Walaupun Aainaa merengek ingin terus berada di rumah, dia tetap patuh dengan apa yang dikata Shahril.
Sesudah itu, Shahril menaiki semula ke bilik tetamu dan mengangkat si isteri lalu meletakkan tubuh Ain yang masih bertelekung di atas katil yang berhampiran. Cahaya nur di wajah Ain sepertinya bersinar menarik perhatian Shahril.
Deringin telefon bimbit Ain kedengaran di ruang tamu. Shahril pun dengan terkejar-kejar mencapai telefon isterinya untuk melihat siapa si pemanggil. Ditekannya butang merah apabila melihat nama 'Abang Fiq' di skrin telefon bimbit Ain.
Secebis memori tentang Syafiq berlegar-legar di fikiran Shahril. Memori yang masih segar di dalam ingatannya, iaitu pada hari Ain dan dia selesai menjalani kursus nikah. Wajah sinis Syafiq menumbuhkan bara yang mencengkam di hati Shahril.
"Kenapa ni dia tak angkat? Irfan, kau trylah call adik kau.." Pujuk Syafiq. Sejak Ain pindah daripada rumah, Syafiq pun terus pindah ke rumah dan tinggal bersama sahabatnya, Irfan.
"Fiq, agak-agaklah... Subuh lagi ni.. Apa pula nanti si Shahril fikir kita call dia subuh-subuh ni," Irfan cuba berfikir secara logik. Irfan pun bangkit daripada sejadah lalu ke ruang dapur dan mencapai segelas air untuk diminum.
Syafiq pula membuntuti langkah Irfan dengan penuh rasa gelisah. Keningnya berkerut. Resah dan gusar silih berganti. "Fan, terus terang aku cakap dengan kau, aku betul-betul tak sedap hati. Aku takut kalau mimpi tadi tu betul-betul jadi. Kau pula boleh sedap minum air ehk? Kau tak risau ke?"
"Astaghfirullah... Fiq, in shaa Allah, mimpi yang kau alami tadi tu mainan tidur. Sudah, sudah. Nanti petang kita ziarah Ain dan Shahril. Lagipun, hari ni hari Sabtu. In shaa Allah, dorang ada dekat rumah. Jom, tolong aku buat sarapan," Irfan menenangkan sahabatnya. Namun, sedikit rasa gelisah tetap ada di hati Irfan ketika mendengar kandungan mimpi Syafiq.
YOU ARE READING
Lerai Genggamanku
RomanceKisah ini tentang dua sahabat yang sudah lama berkawan sejak kecil. Semuanya berubah ketika mereka di sekolah menengah. Hubungan Shah dan Ain mula renggang apabila Aainaa dan Sufi mula merapatkan diri dengan mereka. Ain sedih dengan perubahan Shah...