Bab 45

233 4 0
                                    

"Macam mana boleh jadi macam ni?" Syafiq yang baru sahaja tiba terus bertanya kepada Irfan.

Airmata Irfan tidak henti-henti bercucuran. Dia tidak tahu bagaimana ingin memulakan cerita. Irfan dan keluarga Shahril pada mulanya ingin membuat kejutan kecil bagi hari jadi Ain yang akan tiba beberapa jam lagi. Encik Ismail dan Puan Insyira juga turut menangis. Luqman hanya mampu menunduk diam.

"Man, kamu dah telefon adik bertuah kamu tu?" Encik Ismail bertanya apabila Shahril masih lagi tidak kelihatan di mana-mana.

"Man dah hantar message dekat dia. Call-call dia tapi dia tak angkat," ujar Luqman ringkas.

Encik Ismail hanya mampu menggeleng.

Sufi melangkah keluar dari bilik operasi bersama jubah berwarna hijau yang berlumuran dengan darah. Kesemua mereka berdiri dan menuju ke arah Sufi yang tinggi lampai itu. Irfan bertambah rasa gelisah dan resah.

"Macam mana dengan menantu saya, doktor?" Puan Insyira bertanya. Mereka yang lain hanya menunggu butir bicara Sufi. Lidah Sufi keluh hendak berkata. Dilepaskan keluhan perlahan sambil menunduk.

Sufi mengangkat mukanya dan bertemu mata Irfan. "Abang, Sufi mintak maaf. Anak dalam kandungan Ain tak dapat diselamatkan."

Puan Insyira menekup mulutnya. Dia menangis teresak-esak di bahu suaminya. Irfan tidak bermaya untuk bersuara. Yang ada hanya juraian air mata mengalir lalu meleleh di lurah pipinya.

Syafiq pula menumbuk dinding. Dia ke arah Luqman lalu bersuara lantang dan beredar keluar. "Puas hati kau? Kalau tak kerana idea baik kau nak satukan Ain dengan Shahril, Ain tak akan alami ni semua!"

Ain membuka matanya. Cahaya lampu yang menyuluh matanya membuatkan dia mengecilkan matanya semula. Bau ubat-ubatan mencucuk hidungnya. Ingin sahaja dia menggerakkan badannya, tetapi terasa begitu lemah.

Bilik yang dia diami terasa asing padanya. Dia menoleh ke kanan. Kelihatan Irfan yang setia menanti di sisinya. Hati Ain melonjak gembira apabila melihat wahaj abangnya. Dia tersenyum lemah ke arah Irfan.

"Abang, Ain dekat mana ni?" Ain bertanya apabila dirasakan dia bukan berada di biliknya sendiri.

"Hospital."

Puan Insyira bersuara. "Ain berehatlah. Ibu temankan Ain, ya?"

Syafiq dan Irfan melangkah keluar dari bilik wad yang didiami Ain, meninggalkan Luqman, Puan Insyira dan Encik Ismail untuk melawat.

"Aku tak akan berdiam diri," ujar Syafiq. Matanya dialihkan pula pada Ain yang sudah terlena di dalam wad. Irfan memandang sahabatnya.

"Apa yang kau nak buat?"

"Aku nak ketatkan skru dekat kepala Shahril yang longgar tu." Syafiq berkata dengan tegas.

Irfan menahan Syafiq. "Jangan. Tak guna kita buang tenaga dekat orang macam dia."

Syafiq berdecit. Matanya sinis dan dingin ditujukan ke arah Irfan. Dadanya berombak-ombak. "Lepas apa yang dia buat dekat Ain macam tu? Kau ni abang Ain ke? Dia buat adik kau jadi tempat pukul dia! Kau tak kesiankan Ain ke? Hati kau tak luluh ke bila nampak lebam-lebam dekat muka dia? Yang paling penting, kau ni ada tak perasaan?!"

"Aku ada, Fiq! Aku pun ada perasaan macam kau! Aku tahu apa kau rasa! Aku tahu kau sayangkan adik aku. Sayangkan adik aku bukan macam sayang abang-adik tapi sayangkan seorang perempuan, kan? Tapi Fiq, kalau kita belasah dia, ini menunjukkan yang kita pun sama macam dia. Sebab tu aku kata jangan. Jangan bertindak mengikut perasaan," Irfan cuba menahan airmatanya tetapi matanya tetap bertambah kelam. Beberapa titik air jernih membasahi pipi mudanya.

Lerai GenggamankuWhere stories live. Discover now