"Shah..." Ain bersuara sebagai teguran. Hari ini Ain kelihatan begitu ayu dengan dress labuh berwarna biru sapphire bersama pashmina putihnya.
Pandangan Ain beralih ke lantai apabila Shahril memandang ke arahnya. Ain akui, Shah tetap kacak seperti dahulu. Kulit Shah bersih tanpa jerawat. Ain mencuri-curi pandang sahabatnya. Entah kenapa, pandangan Shahril menumbuhkan perasaan yang kurang senang.
Shahril terpanah dengan penampilan Ain buat seketika. Ain kini kelihatan jauh lebih sopan, ayu dan manis. Shahril hanya memakai polo tee berwarna putih bersama seluar jeansnya."Wahh... Kau dah lain, Daing Nurfarahin."
"Kelas dah nak mula," Ain melangkah masuk ke dalam bilik untuk kurus kahwin tanpa memandang ke arah Shahril.
Sepanjang kursus tersebut, Shahril perasan bahawa Ain masih mengingati perkara-perkara tentang dirinya dan juga keluarganya. Satu perasaan yang boleh dikatakan pada ketika ini. Sememangnya, Shahril tersentuh dengan kelakuan Ain.
Sesudah selesai kursus kahwin, Ain terus melangkah keluar daripada bilik tersebut. Shahril yang bingung dengan kelakuan Ain terus mengejar langkah Ain. Ditariknya lengan kiri Ain untuk menghentikan langkahnya.
Ain menoleh ke arah Shahril. Langkahnya terhenti. "Kenapa ni?"
"Jom, aku hantar kau balik."
Ain meleraikan genggaman Shahril lalu memberikan senyuman. "Tak usahlah, Shah. Ain tunggu Abang Fiq datang."
Pada ketika itu, kereta Audi A6 milik Syafiq tiba di tepi perhentian bas. Ain mengangguk lalu beredar masuk ke dalam kereta. "Abang Fiq dah sampai pun. Ain pergi dulu. Assalamualaikum, Shah."
Mata Shahril bertukar ke arah Syafiq. Dia melihat pandangan benci Syafiq terhadap dirinya. Shahril dapat merasakan amarah Syafiq yang membuak-buak itu. Senyuman sinis Syafiq membuatkan Shahril berasa tercabar. Tanpa Shahril sedari, dia mengekalkan penumbuk sebaik sahaja kereta Syafiq pecut berlalu.
"Berani kau tolak pelawaan aku, Ain."
YOU ARE READING
Lerai Genggamanku
RomanceKisah ini tentang dua sahabat yang sudah lama berkawan sejak kecil. Semuanya berubah ketika mereka di sekolah menengah. Hubungan Shah dan Ain mula renggang apabila Aainaa dan Sufi mula merapatkan diri dengan mereka. Ain sedih dengan perubahan Shah...