Bab 7

178 4 0
                                    

"Mana abang pergi? Satu malam abang tak balik!" Ain menghempas pintu rumah sebaik sahaja dia melihat Irfan masuk memberi salam.

Perasaan marah Ain semakin meluap-luap. Kebencian hatinya memuncak sekali. Mata Ain memancar api terbakar. Irfan kematian langkah mendengar suara lantang si adik. Dia dapat merasakan sepasang mata sinis dan dingin ditujukan ke arahnya.

"Ain, abang tak nak bertengkar sekarang. Abang penat sangat," Irfan berjalan gontai menuju ke biliknya. Irfan sedikit terkilan dengan sikap Ain kerana adiknya tidak perasan dengan wajahnya yang pucat. Batukan Irfan tidak sedikit pun menarik perhatian Ain.

Keesokan harinya...

"Ain, kau ingat tak hari ni hari apa?" Soal Shahril sambil mencucuk lengan Ain dengan jari-jemarinya. Ain yang sedang menulis karangannya terganggu dengan kelakuan Shahril. Pandangannya beralih tajam ke arah Shahril. Rasa geram menyelubungi hatinya kerana Shahril mengganggu tumpuannya.

"Hari Khamislah..."

Kesunyian suasana membuat Ain memerhatikan sekeliling kantin. Kantin sekolah yang sering dibanjiri pelajar ketika waktu rehat kini terasa sunyi sekali. Dipandang jam dinding yang berada di kantin sekolah. 'Astaghfirullah...' desis hati Ain sambil menepuk dahinya. Jam sudah menunjukkan pukul lima petang.

Dengan segera, Ain mengemas buku-buku dan helaian kertas di atas meja kantin ke dalam beg. Shahril yang mengamati kelakuan Ain tidak berpuas hati kerana Ain terlupa akan hari yang menggenapkan 7 tahun usia persahabatan mereka berdua.

Apabila Ain mula berdiri, Shahril menarik lengan Ain sehingga Ain terduduk semula. "Laa.. Tak kan kau dah lupa kot? Ni yang aku sedih ni.."

Ain semakin bingung dengan kelakuan Shahril. Dia mengeluarkan telefon bimbit daripada poketnya. Dilihat tarikh hari ini, takut-takut ada agenda yang perlu dia ingat. Mulut Ain ternganga apabila dia melihat telefon bimbitnya. Dipandang Shahril dengan rasa bersalah.

"Shahril.. Sorry. Betul, aku ingat. Cuma hari ni sibuk sangat. Aku ada bawa hadiah tau!" Pujuk Ain apabila dia perasan wajah Shahril yang berpura-pura merajuk.

Shahril menjelingnya lalu memusingkan badan agar membelakangi sahabat karibnya itu. 'Mari kita tengok kalau Ain pandai memujuk...' hati kecil Shahril ketawa.

"Laa, merajuk? Maaf, aku tak kuasa nak pujuk kau. Dah lah, tak nak hadiah, tak apa. Aku bagi Abang Fiq aje," ujar Ain lalu beredar.

Hati Ain sebenarnya terusik dengan kelakuan Shahril. Dia tidak boleh menafikan bahawa Shahril kelihatan sangat comel apabila membuat muka merajuknya. Ingin sahaja gugur jantungnya apabila mendengar suara manja Shahril yang berpura-pura merajuk. Langkah demi langkah Ain teruskan jua. Tidak sekali pun dia berpusing untuk memanggil Shahril.

Geram hati Shahril ketika Ain dengan selamba meninggalkannya seorang diri di kantin. Dah lah sunyi. Meremang bulu romanya! Shahril membuka langkah seribu menuju ke arah Ain. Ditarik beg sekolah Ain ke belakang agar Ain berseiringan dengannya.

"Amboiiii.. Seronok dapat tarik beg orang?" Ain menyindir.

Shahril hanya tersenyum. Mereka terus berjalan menuju ke perhentian bas di luar sekolah mereka. Tiada sesiapa yang berada di stesen bas tersebut. Ain pun mengambil tempat duduk yang berhampiran. Shahril meniru sahaja kelakuan Ain.

Tanpa Ain sedari, Shahril mengeluarkan tali kasut yang berwarna turquoise dan menunjukkannya kepada Ain. "Ta da! Ni untuk kau sempena ulang tahun persahabatan kita."

Tali kasut turquoise itu bertukar tangan. Hati Ain gembira riang. Dibelek-belek tali kasut itu sepuas hatinya. Shahril turut gembira melihat raut wajah Ain yang bersinar. Walaupun ia murah, Ain tetap menghargainya. "Hadiah aku pula?"

Lerai GenggamankuWhere stories live. Discover now