"Eh, Ain. Hari ni tak jadi tengok wayanglah. Aku sibuk," jawapan Shahril membuat Ain berasa hampa. Talian terus dimatikan tanpa menunggu Ain bersuara. Ain mengeluh. Dia sudah tiba pun di panggung wayang. Mata Ain murung, menghilangkan seri senyumannya sebelum ini. Dia memandang tiket-tiket yang dibelinya tadi. 'Nak telefon Abang Fiq tak? Tapi.. Nanti mesti rasa janggal..'
"Assalamualaikum," suara seseorang daripada belakang Ain. Ain pun menjawab salam hamba Allah sambil memusing ke belakang lalu merengus. 'Mamat sengal ni lagi! Tak cukup-cukup ke aku kena hadap muka dia dekat sekolah?!'
Senyuman Sufi membuat Ain berasa pelik. "Sufi datang nak tengok wayang. Ain?"
Muncung Ain yang jelas kelihatan membuatkan hati Sufi terusik. 'Comelnya!'
Ain pun mengangguk. Dia terasa kaku dengan cara panggilan Sufi terhadapannya. Jujur, dia rasa seperti berdating buat kali pertama dengan seseorang lelaki. Padahal, inilah musuh ketatnya yang tidak boleh bersua muka di sekolah. Ain terkedu apabila Sufi menarik kedua-dua tiket yang dipeganginya.
"Eh, Sufi nak sangat tengok cerita ni! Jom, jom!" Kata Sufi dengan ceria sambil menuju ke kaunter laluan untuk masuk ke panggung. Alangkah terkejutnya Ain apabila dia bertembung dengan Shahril dan Aainaa. Sukar bagi Ain memaparkan lukisan kepiluan yang sebenarnya tidak tercerna lagi. Shahril terkedu dengan kehadiran Ain lalu menggigit bibirnya. 'Aduh, tembelang dah pecah! Chill, chill. Sejak bila Ain dengan Sufi boleh geng ni?'
"Assalamualaikum," Sufi memberi salam kepada Shahril dan Aainaa. Mereka berdua hanya mampu menjawab salam lalu memberikan senyuman. Sufi ingin membuat Ain sedar bahawa Shahril bukanlah baik sangat orangnya. Tanpa dia sedari, kata-katanya sebenarnya membuatkan Ain semakin sedih. "Berdating ke?"
"A'ah. Tak salah, kan? Kau pun berdating?" Ujar Shahril dengan selamba sambil memaut bahu Aainaa dengan mesra. Sakit betul mata Sufi dan Ain memandang kelakuan Shahril. Aainaa pula berasa seronok yang teramat sangat. Entah kenapa, dia dapat merasakan bahawa dia berasa selamat dalam pautan Shahril.
'Macam dah tak tahu mana halal mana haram,' desis hati Sufi.
"Oh, taklah. Aku teman Ain sebab Ain kena paitau dengan kawan baik dia sendiri. Kesian, kan? Lelaki macam apalah kawan Ain ni. Eh, jom masuk, Ain. Cerita dah nak mula. Kita kongsi air dan popcorn ajelah," Sufi berharap sangat Shahril terasa dengan kata-katanya. 'Itu padahnya kalau nak sakitkan hati Ain!'
YOU ARE READING
Lerai Genggamanku
RomanceKisah ini tentang dua sahabat yang sudah lama berkawan sejak kecil. Semuanya berubah ketika mereka di sekolah menengah. Hubungan Shah dan Ain mula renggang apabila Aainaa dan Sufi mula merapatkan diri dengan mereka. Ain sedih dengan perubahan Shah...