Bab 30

186 3 0
                                    

Syafiq terdengar esakan Ain yang di dalam bilik daripada ruang tamu. Dahinya berkerut. Hatinya resah apabila mendengar esakan Ain tanpa henti. Jauh dalam di lubuk hatinya, Syafiq geram dengan tindakan sahabatnya itu.

Jam dinding di ruang tamu menunjukkan pukul 9.30 malam. Suasana di dalam rumah tersebut terasa sepi dan suram dengan situasi yang mereka alami ketika ini. Hanya kipas angin yang menemani Irfan dan Syafiq.

Kedua-dua sahabat itu bertukar pandangan. Pandangan Syafiq yang redup perlahan-lahan menjadi tajam sehinggakan menimbulkan rasa resah di hati Irfan. Irfan yang mula rasa bersalah hanya mampu menundukkan kepalanya memandang lantai.

"Tengok apa yang kau dah buat, Irfan!" Syafiq membentak. Irfan dapat melihat mata Syafiq yang dipenuhi dengan amarah. Syafiq meraup wajahnya. Dia cuba menenangkan dirinya. Tanpa dia sedari, airmatanya mengalir deras di pipi. "Aku tak sanggup dengar Ain nangis."

Tangan Irfan berasa sejuk dan mula menggigil. Darah di dalam tubuhnya seperti tidak mengalir di bahagian tangannya. Ya, sejujurnya dia ragu-ragu dengan keputusannya.

Syafiq menyeka airmatanya dengan kedua-dua tangan.

"Irfan, aku faham niat kau, niat mak bapak si Shahril tu dengan abang dia. Tapi, tak kan sampai nak seret Ain pula? Kau boleh jamin ke Ain hidup bahagia? Ingat, Irfan. Kau dah pernah lukakan hati adik kau bila kau abaikan keluarga kerana kerja kau dulu. Kau dah pernah buat Ain hilang hormat pada kau dulu. Jangan sampai tindakan kau ni membuatkan Ain terus hilang rasa hormat pada kau selama-lamanya." Sesudah Syafiq meluahkan apa yang tersirat di hatinya, dia terus bangkit lalu beredar pulang ke rumah.

Irfan mengumpulkan semangatnya lalu bangkit dan mengulas tombol pintu bilik si adiknya. Hatinya sayu melihat keadaan Ain. Rambut Ain berserabut. Ain memeluk kakinya di atas katil sambil menangis.

Irfan yang memakai baju kurung satin berwarna coklat bersama songkok serta kain pelekatnya memasuki bilik Ain lalu melabuhkan punggung di atas katil, bersebelahan dengan Ain. Dicapainya tangan kiri Ain sebagai isyarat dia memerlukan perhatian Ain.

Mata Ain yang berkaca memandang Irfan membuatkan Irfan rasa bahawa dirinya mementingkan diri sendiri.

"Dengar kata abang. Abang ada sebab. Adik, Shah tu kawan adik sejak kecil lagi. Abang tahu sekarang adik dengan Shah dah renggang. Dan abang tahu yang hati adik ada pada Sufi. Tapi, dik. Shah dah jauh hanyut. Adik sanggup ke tengok Shah tenggelam dengan dunia yang gelap?" Kata-kata Irfan berjaya membuat Ain berhenti menangis.

"Dia bukan orang lain, dik. Shah tu bukan setakat kawan adik tapi dah macam keluarga. Bila adik sedih atau gembira, Shah selalu ada di sisi adik. Sekarang, Shah dah bukan macam Shah yang dulu. Dia bukan lagi kawan adik yang dulu yang selalu ajak adik mengaji bersama dan berdakwah bersama. Sekarang... Ya Allah, abang tak tahu macam mana nak cakap," Irfan menggelengkan kepalanya.

Ain membalas genggaman abangnya. "Maksud, abang?"

"Abang kena jaga aib Shah. Aib keluarga Shah. Kelakuan Shah terlalu teruk. Adik, tarik dia balik, dik. Tarik dia balik ke pangkuan Allah." Irfan memujuk si adik.

Lerai GenggamankuWhere stories live. Discover now