Diketuk meja pejabat dengan jari-jemarinya. Tubuh Shahril disandarkan bersama tapak tangan kirinya direhatkan di dahi. Sekali sekala, dia mengeluh perlahan. Jam di dinding menunjukkan pada jam dua belas tengah hari. Pandangannya beralih kepada pemandangan di luar.
Ingatan Shahril mengimas kembali kenangan yang mengusik jiwa.
"Wahh.. Korang berdua ni kekasih sejati ke? Jaket sama jenama," Aainaa bersuara apabila dia terperasan jaket yang dipakai Ain dan Sufi adalah jenis yang sama. Hanya warna yang membezakan jaket yang dipakai mereka. Raut wajah Shahril berubah. Dia tidak sangka antara Ain dan Sufi ada apa-apa hubungan. Setahunya, mereka berdua tidak boleh bersemuka langsung.
"Hari ni kan hari jadi Ain. Tu hadiah untuk dialah," jawab Sufi dengan selamba sambil berdiri di sebelah Ain. Niatnya ingin memberitahu Shahril bahawa hari ini hari jadi sahabatnya itu. Sufi faham apa yang Ain rasakan apabila hari jadi tidak diingat oleh sahabat sendiri.
"Oh, oh. Happy birthday Ain," Aainaa memandang ke arah Ain. Shahril rasa sedikit terkejut walaupun wajahnya begitu tenang sekali. 'Macam mana aku boleh lupa hari ni hari jadi Ain?' bisik hati Shahril.Titisan air jernih jatuh berguguran dari sudut mata Shahril. Aku ingat, Ain! Aku ingat hari jadi kau. Aku tak pernah lupa.. Sampai ke hari ini. Aku hanya terleka pada hari tu... Ketika ini, hanya tangisan yang dapat memberi nikmat kepuasan batin.
Pintu bilik pejabat Shahril diredah Aainaa. Shahril tidak menunjukkan sebarang reaksi. Aainaa melabuhkan punggung di hadapan Shahril.
"Shah, tolong berhenti fikirkan Ain! I macam mana? I dah beri segala-galanya pada you. Tak cukup ke? Kita ni bukan setahun dua kenal. Dah sepuluh tahun, Shah!" Dada Aainaa berombak-ombak. Panas relung dadanya bagaikan terbakar.
"Mungkin, I mula sayangkan Ain bila akad yang I angkat dulu tu sah. Mungkin, I mula sayangkan Ain bila I nampak betapa manisnya diri dia menjaga aurat dan solatnya. Mungkin, I mula sayangkan Ain bila I dapat tahu dia hamilkan zuriat I. Mungkin... Mungkin, dari dulu I sayangkan Ain cuma I tak perasan perasaan sayang tu.." Suara Shahril kedengaran sangat perlahan. Walaupun perlahan, kata-katanya menikam hati Aainaa.
Suasana di dalam pejabat Shahril menjadi sunyi dan sepi buat seketika. Diri Aainaa bagai ditimpa gunung-gunung batu pejal yang pecah berserakan. Rasa pilu mencucuk-cucuk tangkai hatinya.
"Sampai hati you, Shah. Sampai hati you. I gave you EVERYTHING! EVERYTHING, SHAH! Kalau you kata you sayangkan Ain, then apa yang kita ada selama ni?!" Jerit Aainaa sambil menghentak kedua-dua tapak tangannya ke meja Shahril.
"Nafsu.." Satu kata yang diluahkan Shahril membuat hati Aainaa hancur bagaikan kaca yang dihempas kuat ke batu. Mata Aainaa merenung sayu ke arah Shahril, dia tidak sangka Shahril tergamak memperlakukannya seperti ini.
YOU ARE READING
Lerai Genggamanku
RomanceKisah ini tentang dua sahabat yang sudah lama berkawan sejak kecil. Semuanya berubah ketika mereka di sekolah menengah. Hubungan Shah dan Ain mula renggang apabila Aainaa dan Sufi mula merapatkan diri dengan mereka. Ain sedih dengan perubahan Shah...