Bab 54

235 6 0
                                    

Selepas solat isyak, Shahril mengambil angin di luar rumah keluarganya. Dingin malam hari ini terasa sekali tertusuk ke dalam hatinya. Direnung langit yang luas lagi suram. Sesekali, Shahril mengusap lengannya yang kesejukan. Dia hanya memakai t-shirt berwarna merah bersama seluar paras lutut yang berwarna kelabu.

Keluhan berat dilepaskan. Kenangan lalu mengusik benak otaknya.

Tanpa mempedulikan Ain di ruang tamu, dia membawa Aainaa menaiki tangga dan meneruskan asmara mereka di dalam bilik yang sepatutnya sang suami dan isteri diami.

Dibaringkan Aainaa ke atas katil yang sepatutnya isterinya baring. Dibelainya Aainaa sedangkan sepatutnya Ain yang dia belai. Dikucupnya pipi gebu Aainaa sementara si isteri hanya tidur di dalam keadaan yang tidak selesa di ruang tamu.

Lamunannya terputus. Matanya sudah berkaca. Shahril beristighfar di dalam hati. Nasi sudah menjadi bubur.

Puan Insyira semenjak tadi memerhatikan anak bongsunya, Shahril, merenung langit yang gelap itu. Sebak hatinya apabila melihat keadaan anaknya itu sesudah pulang dari Mahkamah Syariah siang tadi. Shahril hanya berkurung di dalam bilik sehingga solat isyak tadi.

Perlahan-lahan, Puan Insyira menapak ke arah anaknya lalu mengusap bahu si anak. Shahril bersuara dengan penuh hiba. "Adik dah kehilangan Ain, bu. Adik cuma perlu peluang, bu. Kenapa dia tak nak beri adik peluang tu, bu?"

Hati Puan Insyira sebak mendengar luahan hati anaknya itu. Akan tetapi, dia faham apa yang Ain alami. Ya, jika dia berada di tempat Ain, mungkin juga dia akan melakukan perkara yang sama. Isteri mana yang sanggup bersama suaminya yang sudah berlaku curang di hadapan matanya?

"Kuatkan semangat tu, dik. Ini bukan pengakhirannya. Kalau adik tunjukkan Ain yang adik sudah betul-betul berubah, mungkin hatinya terbuka semula pada adik," Puan Insyira mengusap belakang Shahril.

Shahril menggelengkan kepalanya berkali-kali, mengisyaratkan bahawa dia dan Ain tidak mungkin akan bersama lagi. Apa yang dilontarkan Ain masih lagi segar di dalam ingatannya.

"Baiklah, memandangkan ini masanya untuk meluahkan apa yang tersemat dalam hati kita, Ain akan luahkan semuanya. Ain sayang Sufi. Yang mula jauhkan diri bukan Ain tapi Shah. Yang lupakan sahabat bukan Ain tapi Shah. Tak pernah walau sesaat Sufi leraikan genggamannya dan biarkan Ain rasa keseorangan. Awak fikir awak sorang yang tak nak kahwin? Macam mana dengan saya, Shah? Saya kuat sehingga hari ini sebab saya berpegang pada janji. Untuk janji itu, saya sanggup buang jauh segala impian saya bersama Sufi. Saya tahu, tak baik kita ungkit perkara lama. Tak baik jugak saya menyimpan perasaan kasih terhadap lelaki lain selain suami saya. Tapi macam awak cakap, tak ada manusia yang sempurna, kan?" Luah Ain.

Lerai GenggamankuWhere stories live. Discover now