Warna senja mula memamah suasana. Ain melangkah masuk ke dapur, melihat bahan-bahan untuk dimasak. Dia diberitahu oleh Shahril bahawa ada tetamu yang akan datang ke rumah. Ain mengeluarkan cili kering yang sudah dipotong dan mengupas bawang merah dan juga bawang putih. Selepas semua bahan-bahan dikisar, Ain memulakan masakannya dengan tumisan yang sudah dikisar.
"Mmm.. Sedapnya bau dekat dapur ni," Shahril menjenguk daripada luar dapur.
"Tengoklah siapa yang masak," jawab Ain dengan selamba sambil memasukkan bahan-bahan yang lain. Selesai sahaja Ain merasakan lauk yang dimasaknya sudah siap, dia menutup api dan mengelap peluh di dahinya sambil melangkah keluar ke ruang tamu.
Ain dan Shahril melabuhkan punggung mereka di atas sofa putih yang empuk. Ain berasa sangat lega apabila kipas angin bertiup ke arahnya. Shahril hanya mampu menggelengkan kepalanya. Di saat itu, azan maghrib kedengaran.
"Jom, solat."
Segaris senyuman terukir di bibir Ain mendengar kata-kata Shahril. Almaklumlah, bendera merahlah katakan. Gelengan Ain membuat Shahril faham. Yalah, mereka berkawan sejak umur mereka 9 tahun. Sedar tak sedar, mereka sudah berusia 16 tahun.
Usai solat maghrib, Shahril dan Ain menunggu tetamu yang akan datang sambil menonton televisyen. Mereka berdua ketawa terkakah-kakah menonton Tabir Kilauan Emas di saluran astro prima.
"Dah sengau pun nak try audition," habis merah muka Ain kerana terlalu banyak ketawa. Suara orang memberi salam menarik perhatian Shahril dan Ain. Mereka berdua pun lihat siapa yang datang.
"Abang Fiq?" dahi Ain berkerut kerana terkejut.
YOU ARE READING
Lerai Genggamanku
RomanceKisah ini tentang dua sahabat yang sudah lama berkawan sejak kecil. Semuanya berubah ketika mereka di sekolah menengah. Hubungan Shah dan Ain mula renggang apabila Aainaa dan Sufi mula merapatkan diri dengan mereka. Ain sedih dengan perubahan Shah...