Bab 41

210 3 0
                                    

"Nurse, cepat sediakan operation room as soon as possible!" Sufi dengan pantas memberi arahan selepas memeriksa seorang pesakit lelaki yang berusia awal 30-an. Seorang jururawat yang bernama Aishah dengan segera mencapai telefon di meja kaunter.

Seorang doktor wanita bernama Haliza dengan segera ke arah Sufi apabila melihat beberapa jururawat kelihatan sibuk membuat apa yang diarahkan Sufi.

"Awak ke mana, Haliza?! You're on duty tonight and this was supposed to be your task and not mine!" Sufi bersuara dengan lantang sekali. Wajahnya kelihatan begitu tegang sekali. Haliza yang baru tiba berasa takut lalu cuba memainkan peranannya.

"Tak payah! Awak ke tepi," jawab Sufi lalu membantu beberapa jururawat yang lain untuk memindahkan pesakit tersebut.

Suasana begitu cemas apabila semua sedang bersiap sedia untuk memulakan operasi. Haliza menghampiri Sufi apabila Sufi melangkah masuk ke dalam bilik operasi. "Saya mintak maaf."

"Sudahlah, kita selamatkan pesakit ni dulu. Ada fregman tulang terjebak di ventrikel kanan. Tapi pembuluh darah lainnya no problem. Kita kena hentikan pendarahan as soon as possible," suara Sufi yang kelihatan lebih tenang berbanding sebelumnya.

"Aku rasa aku dah jatuh cinta dengan Doktor Sufilah, Liza."

Haliza menolak bahu Aishah lalu beratur untuk membeli makanan di kafe. "Jangan nak beranganlah, Aishah. Dia tu tegas tahap gila. Aku nak slack sikit pun tak dapat."

Aishah pun ikut beratur di belakang Haliza. "Dia tu charming gila! Dia boleh buat anastomosis even though the suction is weak! Kau sendiri tak boleh nampak apa-apa."

Sufi yang sudah selesai dengan kerjanya pun berangkat pulang ke rumah. Tatkala itu, dia mengusap material jaket hitamnya. Kenangan lalu disingkap.

"Orang yang tak ambil tahu tentang soal cuaca memang bodoh," suara Sufi menghentikan lamunan Ain. Ain menoleh. Sufi sedang berdiri di sebelahnya. Wajah Sufi kelihatan begitu selamba apabila mengata bahawa dia bodoh. Ain memeluk tubuhnya yang sudah berasa dingin.

Sufi membuka jaket merah yang sedang dipakainya lalu menghulurkan kepada Ain. Ain menaikkan keningnya. Sufi menganggukkan kepala sebagai isyarat untuk memakai jaket merah tersebut. Ain dengan berat hati mengambil jaket merah itu dan memakainya perlahan-lahan.

"Abeh kau macam mana?" Kerisauan jelas terserlah di wajah Ain. Sufi mengeluarkan jaket hitamnya daripada begnya dan memakai jaket tersebut. Ain mengangguk, faham dengan tindakan Sufi.

Lerai GenggamankuWhere stories live. Discover now