Sepanjang menunggu kedatangan abang iparnya, Shahril menonton televisyen sehingga dia tertidur di atas sofa. Sementara itu, Ain dengan perlahan-lahan menguak pintu bilik tetamu dan menuruni tangga untuk mengambil wudhuk. Sesudah itu, dia melangkahkan kaki ke arah Shahril dan menekan butang untuk menutup televisyen.
Dia memerhatikan suaminya yang sedang lena tidur di atas sofa. Hatinya belas melihat suaminya tidur di atas sofa. Pasti badan suaminya lenguh kerana sofa yang mereka miliki tidak sesuai untuk berbaring. Teringat bahawa dia harus menunaikan solat, Ain bergegas ke atas dan menunaikan solat zohor.
Sesudah menunaikan kewajipan kepada Allah swt, Ain memasuki ke bilik utama dan mengemaskan katil dimana Aainaa dan suaminya diami. Sungguh, hatinya pilu apabila mengenangkan apa yang dia lihat pagi tadi.
Tidak dia sangka di saat dia ingin mengambil wudhuk di bilik utama, dia melihat Aainaa dan suaminya tidur bertelanjang di atas katil. Menggigil tubuh Ain melihat Aainaa tidur di dalan dakapan suaminya. Ain tergamam tidak terkata, hanya meraung di jiwa.
Selesai sahaja Ain mengemaskan bilik utama, dia mengeluarkan semua pakaian dari almari lalu melipatkannya semula masuk ke dalam bagasi. Titisan airmatanya mengalir satu persatu. Ain berasa dia sudah kalah dalam perkahwinannya. Hatinya sebak.
Ain cuba mengusir perasaan sebak itu. Dia meraup mukanya untuk membersihkan muka. Selepas dia mengumpulkan semangatnya, dia pun menurun ke ruang tamu untuk mengejut Shahril. Semangatnya pudar sedikit demi sedikit apabila dia menghampiri suaminya.
"Shah.. Bangun, waktu zohor hampir habis," Ain menepuk bahu Shahril dengan perlahan. Akhirnya, Shahril tersedar daripada lenanya lalu bangkit dan duduk. Sebetulnya, Shahril tidak tidur. Sofa yang keras macam batu mana boleh buat Shahril tidur... Shahril sebenarnya ingin melihat jika Ain akan berbual dengannya atau tidak. Apa lagi, Shahril pura-pura tidurlah!
"Ain dah zohor?" Shahril bertanya sambil menggosok matanya.
Anggukan Ain membuatkan Shahril bertanya lagi. "Kenapa tak tunggu abang?"
"Cepatlah, waktu zohor nak habis," Ain menaiki tangga dan masuk ke dalam bilik tetamu. Kesimpulannya, Ain dan Shahril solat asar bersendirian. Ain tahu dia tidak boleh mengikut kata hati. Akan tetapi, dia juga manusia biasa yang mempunyai seribu satu perasaan!
Jam di dinding menunjukkan pada pukul lima petang. Shahril membuka pagar besar untuk menerima kedatangan abang iparnya. Shahril berdecit apabila dia ternampak Syafiq juga ada bersama Irfan. Sebaik sahaja Syafiq dan Irfan keluar daripada kereta Audi A6 milik Syafiq, Shahril cuba melebarkan senyumannya.
"Sihat, Shah?" Irfan bertanya khabar sambil bersalaman dengan adik iparnya.
Shahril tersenyum. "Alhamdulillah, bang. Sihat."
Ain yang sudah bersiap memakai dress labuh berwarna merah jambu bersama pashminanya yang berwarna putih berlari menurun tangga daripada tingkat dua ke dalam pelukan abangnya. Serta merta airmatanya mengalir kerana terlalu rindu dengan abangnya. Ingin sahaja dia luahkan segala-galanya kepada abangnya, tetapi apakan daya, ini berkaitan dengan aib Shahril. Dia harus menjaga aib suaminya.
"Aduh, adik abang ni! Sini abang tengok muka adik abang ni," kata Irfan sambil melonggarkan pelukannya dan meniti raut wajah adiknya sambil mengelap airmata Ain. "Makin cantik adik abang ni. Hmm.. Patutlah abang tengok Shahril punya muka berseri-seri aje. Dapat isteri cantik macam adik abang.. Fuhh, abang pun tak keluar rumah."
Ain memukul dada Irfan kerana mengusiknya sementara Irfan, Shahril dan Syafiq ketawa terkakah-kakah. Tapi... Ikhlaskah tawa Syafiq? Tetapi, Ain sentiasa cantik di mata Syafiq. Wajah Ain sentiasa diselubungi dengan cahaya nur.
Syafiq yang suka mengusik Ain pada ketika dahulu pun bersuara sambil menyediakan dadanya. "Haish.. Peluk Irfan aje ke? Dah lama Abang Fiq berdiri dekat sebelah. Rasa tubuh ini sejuk semacam aje. Ain tak nak panaskan badan Abang Fiq ke?"
Shahril hanya menjeling di tepi tanpa pengetahuan semua kecuali Syafiq. Irfan dan Syafiq ketawa apabila Ain menunjukkan penumbuk dengan tangan kanannya. Shahril hanya mampu tersenyum sinis. Shahril dan Ain pun menjemput Irfan dan Syafiq masuk ke dalam rumah.
"Hah, Ain tak masak lagi?!" Syafiq dan Irfan terkejut apabila Ain memberitahu bahawa dia belum memasak makan malam buat mereka. Syafiq dan Irfan yang tidak percaya bahawa Ain tidak memasak berlalu ke dapur untuk melihat dengan mata mereka sendiri.
Mereka tidak mampu berkata lagi. Sebaliknya, hati mereka tersentuh dengan kata-kata Ain sambil Ain membuat muka sedih. "Ain rindu nak masak sama-sama dengan abang.. Dengan Abang Fiq... Macam dulu.."
YOU ARE READING
Lerai Genggamanku
RomanceKisah ini tentang dua sahabat yang sudah lama berkawan sejak kecil. Semuanya berubah ketika mereka di sekolah menengah. Hubungan Shah dan Ain mula renggang apabila Aainaa dan Sufi mula merapatkan diri dengan mereka. Ain sedih dengan perubahan Shah...