Bab 53

223 3 0
                                    

Ain baru pulang dari Mahkamah Syariah. Hari ini dengan rasminya dia bercerai dengan Shahril. Apakah perasaannya ketika ini? Meraungkah apabila melihat rumah tangganya hancur? Tembok di hatinya hampir runtuh apabila melihat Shahril menitis airmata semasa melafazkan talak di hadapannya, tetapi Ain akui bahawa dia berasa bebas selepas talak itu disahkan.

Lama matanya tertancap pada perhiasan bilik yang pernah dia diami sebelum bersuami. Ain tersenyum. 'Ya Allah... Kini aku rasa tenang dan selamat,' hati Ain berbisik.

"Adik.." Ain pusing memandang ke arah abangnya yang berada di permukaan bilik. Irfan kelihatan kemas dengan kemeja hitam langsing berlengan pendek bersama seluar panjang berwarna coklat terang. "Jom kita pergi makan. Abang laparlah. Adik pun baru balikkan? Mesti adik penat."

Ain berlari ke dalam pelukan abangnya. "Rindunya dengar suara abang dalam rumah ni."

"Ish, adik ni. Ada ke patut cakap macam tu? Ni, dah dah..." Irfan meleraikan dakapan adiknya. "Abang ni lapar. Kut ya pun nak feeling-feeling, malam nanti bolehlah kita let it out. Abang lapar ni!"

Ain menguatkan lagi pelukannya. "Kejaplah, lima minit."

"Amboi!!!" Syafiq menyampuk moment antara dua adik-beradik itu. Nampaknya, Syafiq berjaya membuat Ain meleraikan pelukannya. "Abang Fiq jealous tau Abang Irfan aje dapat pelukan yang tersangatlah erat tu. Bila Ain nak peluk Abang Fiq pula?"

Ain menolak tubuh Syafiq sehingga dia tersandar di dinding belakangnya sambil berlalu. "Eleh, nak buat presentation depan boss aje dah nervous apalagi nak akad nikah depan tok kadi."

Muka Syafiq berubah apabila mendengar apa yang dilontarkan Ain. Dia berpusing ke arah Irfan dengan wajah yang terkejut. Matanya terbuka besar dan mulutnya terngangah. Irfan pula mengambil peluang tersebut lalu menyepak pipi Syafiq dengan lembut. "Dah, dah. Stop dengan angan-angan kau. Aku lapar ni."

"Siap sedialah, bro. Aku jadi adik ipar baru kau," Syafiq memeluk bahu Irfan.

Irfan menolak Syafiq dan berlalu pergi manakala Syafiq melangkah dengan perlahan sambil tersengih-sengih bersendirian.

"Ish, mana Abang Fiq pergi ni? Lembab betul ah," adu Ain kepada Irfan yang sudah lama menunggu di luar rumah kawasan rumah.

"Fiq, lambat kena tinggal!" Jerit Irfan dari luar rumah. Syafiq yang masih tersengih-sengih dengan pantas mempercepatkan langkahnya dan memakai kasut hitam miliknya.

Lerai GenggamankuWhere stories live. Discover now