"Tahniah, Puan Ain hamil dua bulan!" Ujar doktor wanita separuh abad itu.
Ain terpana. Dadanya terasa sesak. 'Ya Allah...' Di saat ini, Ain hanya mampu mengukir senyuman terpaksa. Segala bicara doktor wanita yang berada di hadapan sudah tidak kedengaran di cuping telinga Ain.
Kepalanya runsing. Hatinya gelisah. Ain tidak tahu apakah dia harus gembira ataupun sedih dengan berita ini. Dia beristighfar di dalam hati. 'Ini rezeki daripada Allah swt, Ain!'
Sebaik sahaja tiba di perkarangan rumah, Ain mematikan enjin kereta Hyundai Sonata berwarna perak miliknya. Disembamkan mukanya di stereng kereta. Linangan airmata di pipi Ain hadir menyeburi sanubari. Linangan airmata yang terbit dari dalam jiwa.
Kedua-dua tangan memukul stereng yang berapa di hadapannya. Tiba-tiba, Ain tertawa. Dia tertawa dengan takdirnya ini. 'Ini bukan apa yang aku nak...' hati Ain meraung. Hati Ain semakin tawar. Ketika ini, Ain berasa seperti dia terkapar-kapar kelemasan. Ingin dia lari dari tempat ini. Ingin dia pergi jauh daripada Shahril.
Selesai Ain puas menangis dan meluahkan segala isi hatinya di dalam kereta, dia pun keluar lalu melangkah perlahan-lahan menuju ke dalam rumah. Tanpa dia sedari, Shahril sudah pun pulang daripada pejabatnya dan sedang menunggu kepulangannya di ruang tamu sambil menonton televisyen.
"Ain? Kenapa ni muka basah? Ain nangis ke?" Soalan demi soalan keluar daripada mulut lelaki yang dia mula benci. Shahril mengusap bahu Ain.
Fikiran Ain kosong. Lututnya lemah. Ain terduduk di atas lantai. Setitis airmata menitis di pipinya. "I'm pregnant..."
Dahi Shahril berkerut. Dia tidak dengar suara Ain yang perlahan. "Apa dia, Ain?"
"I'm pregnant! Ain pregnant, Shah!" Ain meraung sambil berlinangan airmata.
Sepertinya, Shahril terhenti berlamun. Dia tidak percaya. Satu saat, dia berasa gembira sangat. Hatinya melonjak-lonjak dalam kegembiraan. Kelakiannya terjelas. Tetapi, hatinya tidak senang melihat Ain menangis berterus-terusan.
"Ini berita gembira, Ain. Kenapa Ain nangis?" Suara lembut Shahril membuat hati Ain panas. Ingin sahaja Ain menampar pipi itu. Ingin sahaja Ain menengking suaminya itu. Namun, Ain masih berpegang pada prinsip hidupnya.
Ain mengelap pipinya yang basah lalu bangun beredar masuk ke dalam bilik tetamu yang dia diami itu. Sesudah Ain melakukan solat mahgrib, dia menurun tangga untuk menyediakan makan malam.
Kening Ain berkerut apabila melihat pelbagai juadah makanan terhidang di atas meja makan. Ain menghampiri meja makan tersebut dan mencapai sampul surat berwarna emas yang menarik perhatiannya.
Belum sempat Ain membuka sampul tersebut, Shahril keluar daripada dapur bersama minuman. Diletaknya minuman tersebut di atas meja lalu duduk di kerusi yang bersebelahan dengan Ain. "Ada invitation daripada Cikgu Ahmad. Ain ingat tak Cikgu Ahmad? Alah, yang rambut botak tu.."
Terkedu sebentar Ain dengan suara Shahril. Ain pun melabuhkan punggungnya di kerusi bertentangan dengan Shahril. Niatnya untuk mengetahui isi sampul surat itu terus pudar. Sampul surat itu kini berada di tempat yang sama seperti sebelum Ain menyentuhnya.
"Cikgu Ahmad ada jemput kita pergi camping. Kasi sokongan dan membantu murid-murid dia yang akan hadapi peperiksaan besar tahun ni. Shah rasa tak eloklah kita bermalam sebab Ain dah berbadan dua. Jadi, Shah cadang kita pergi tapi lepas tu kita balik. Macam tu. Ain okey tak dengan idea Shah?" Bicara Shahril panjang.
Dah berbuih mulut Shahril tu bercakap. Senyap aje si Ain ni.
"Ain? Ain setuju tak?" Tanya Shahril sekali lagi. Suaranya tetap lembut. Jujur, Shahril sudah mula memandang Ain daripada sudut yang berbeza. Ain sudah jauh lain daripada Ain yang lama. Dia ingin memulakan semula hubungannya dengan Ain.
"Kenapa Shah tak cakap aje yang Shah nak pergi sebab Aainaa pun pergi?" Suara serak Ain menjawab soalan Shahril yang lama sudah Shahril nantikan.
Mata Shahril merenung ke mata Ain yang masih berkaca. "Shah tak nak berbual pasal dia sekarang. Sekarang, Shah nak tahu apa kata putus Ain pasal cadangan Shah."
YOU ARE READING
Lerai Genggamanku
RomanceKisah ini tentang dua sahabat yang sudah lama berkawan sejak kecil. Semuanya berubah ketika mereka di sekolah menengah. Hubungan Shah dan Ain mula renggang apabila Aainaa dan Sufi mula merapatkan diri dengan mereka. Ain sedih dengan perubahan Shah...