Bab 13

137 2 0
                                    

"Eh? Abang belum tidur lagi?" Tanya Ain apabila dia memusingkan badannya. Dilihat Irfan hanya memakai singlet putih bersama seluar merah paras lutut sedang memeluk bantal panjangnya di atas katil sambil berbaring dengan gaya model.

"Tak... Abang tak boleh tidurlah, dik. Hujan lebat dekat luar tu. Abang risaukan adik. Adik kan takut dengan guruh," jawab Irfan dengan muncungnya. Ain melihat jam dinding yang berada di dalam biliknya. 'Astagfirullah... Dah pukul sebelas malam! Ya Allah, aku belum isyak lagi..' desis hati Ain.

"Adik belum isyak, kan? Jom kita jemaah. Abang tunggu adik. Abang tahu adik belum isyak lagi," kata-kata Irfan membuat Ain memukul pahanya. Dia geram dengan sikap abangnya.

"Abang! Kenapa tak solat lagi?" Ain meledak marah.

Wajah Ain tegang sekali. Kedua-dua tangannya diletak di punggung. Irfan yang sedang berbaring terus bangkit daripada katil adiknya. Senyuman Irfan membuat hati adiknya sedikit redah, tetapi Ain tetap berwajah tegang.

Irfan menarik Ain ke dalam pelukannya dengan erat. Diusap belakang adiknya untuk meredahkan rasa marah itu. "Ala adik... Abang nak berjemaah dengan adik. Lagipun, dah lama kita tak berbual. Adik asyik sibuk untuk 'O' Level adik."

"Abang... Mana boleh melengah-lengahkan solat. Adik tak suka tau sikap abang macam ni," suara Ain sambil meleraikan dakapan abangnya. Irfan memuncungkan bibirnya di hadapan adik tersayangnya. Muncung Irfan berjaya membeli hati Ain. Ain mengetap bibir tersenyum.

"Jom, jom. Kita jemaah," Irfan menarik tangan adiknya dengan senyuman mesra.

Usai solat isyak berjemaah, Irfan bersalaman dengan adiknya. Entah kenapa, di saat ini, dia amat merindui adiknya. Dipeluk adiknya dengan erat. Ain terkedu dengan pelukan abangnya. Dia dapat merasakan pelukan abangnya sangat luar biasa.

"Kenapa ni, bang?" Tanya Ain. Suara Ain membuat hati Irfan semakin sebak. Ain melihat beberapa titik air jernih membasahi pipi muda abangnya.

"Adik... Abang rindukan arwah ayah. Abang rindukan arwah mak. Abang rindukan keluarga kita yang dulu," Irfan menangis teresak-esak. Cetusan kata-kata Irfan menusuk jauh ke sanubari. Kesepian mencengkam perasaan. Yang kedengaran hanya esakan Irfan.

Irfan meleraikan dakapan adiknya. Dia membuka tingkap membiarkan angin menerjah masuk ke bilik. Butir-butir bintang yang menghias dada malam mengerdip cantik. Telekung dan sejadah dilipatkan dengan rapi dan disimpan di dalam almari lalu menuju ke arah adiknya yang sedang duduk di birai katil.

"Esok kan hari Sabtu, kita keluar, ya? Adik pun dah lama tak berborak dengan abang adik ni," ujar Ain sambil mengusap-usap rambut abangnya. Bibir Irfan mengulum senyuman tipis. Alahai, dah macam Hairul Azreen!

"Jangan lupa abang sekali!" Syafiq terjah masuk ke bilik Ain lalu melemparkan dirinya di atas katil. Berbanding dengan Irfan, Syafiq lebih selesa dengan baju kurung satinnya bersama kain pelekat.
Irfan dengan pantas menjeling sahabatnya. "Sibuk je."

"Apa sibuk-sibuk. Kita tiga dah macam adik-beradik. Mana ada korang mesti ada aku sekali," Syafiq memberi alasan sambil mencampakkan bantal yang kecil di belakangnya ke arah Irfan.

"Woi, sakitlah!" Irfan buat-buat marah.

Syafiq dan Irfan bertukar pandangan. Kelihatannya, Ain asyik termenung di tepi jendela. Malam ini cukup sunyi. Perhatian Syafiq beralih kepada jaket merah yang berada di atas meja belajar Ain. Dicapai jaket merah itu dan dibeleknya berkali-kali. Perhatian Irfan juga beralih kepada jaket tersebut.

Lerai GenggamankuWhere stories live. Discover now