Malam sunyi. Ain duduk bersila di atas katil yang asing sambil melihat inai yang merah menyala di tangan dan kakinya. 'Aku... Dah nikah...' suara hati Ain.
Pandangan Ain beralih memandang bilik Shahril. Cepat sungguh masa berlalu. Cadar yang dia duduki berwarna putih, melambangkan bilik pengantin. Bunga-bunga ros putih terhias cantik di tepi katil.
Begitu luas sekali bilik yang akan dia diami. Sebaik sahaja Ain mendapat tahu tentang pernikahannya, dia terus memberi notis untuk berhenti bekerja sebagai Logistics Analyst di sebuah syarikat.
Suasana riuh di luar terdiri kebanyakkannya daripada keluarga dan saudara-mara Shahril. Ain, betul ke apa yang kau buat ni? Boleh ke kau tarik Shah balik ke jalan yang betul? Pelbagai perkara yang bermain di fikirannya. Sebetulnya, fikirannya runsing. Hatinya tidak senang.
Malam sebelum hari akad nikah, Ain ada melakukan solat istikharah. Sesudah solat, dia terus tidur. Alangkah terkejutnya Ain dengan mimpi yang dia alami sehinggakan tersedar daripada tidur.
Di dalam mimpi itu, Ain berdakapan dengan seorang lelaki di sebuah pantai. Mereka berdua memakai pakaian yang serba putih. Sebaik sahaja mereka dua meleraikan pelukan, ada tiga budak lelaki yang masih kecil berlarian ke arah lelaki di sebelahnya.
Lelaki tersebut itu pun membawa ketiga-tiga budak lelaki itu ke dakapannya. Di saat lelaki itu mendakap mereka, lelaki itu memangil Ain dengan panggilan sayang. Hati Ain berdebar apabila mata mereka bertemu.
Hanya satu nama yang bermain di minda Ain. Abang Fiq...
YOU ARE READING
Lerai Genggamanku
RomanceKisah ini tentang dua sahabat yang sudah lama berkawan sejak kecil. Semuanya berubah ketika mereka di sekolah menengah. Hubungan Shah dan Ain mula renggang apabila Aainaa dan Sufi mula merapatkan diri dengan mereka. Ain sedih dengan perubahan Shah...